salam..
tibe2 rase nk upload gambar ni...
sesi menyelit :
- motif : sebab rase sweetnye..hehehehe..
- tau x ni sape??yang baju hijau tu pakwe lame saya..
- curi kat fb kakak berbaju kurung itu..
- orang kate sediakan payung sebelum hujan..walaupun hari panas terik..
- si budak botak..bila rambut kamu mau tumbuh??
- rindu mereka~
Petikan cerita Ketika Cinta Bertasbih :
Dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika cita kudatangi
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta..
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
-Anna AlthaFunnisa-
"Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan. Dengar baik-baik ya perkataan Ibnu Athaillah, beliau mengatakan :
"la yukhriju asy syahwatan illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!"
Ertinya, tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan ...hati, atau rasa rindu kepada ALLAH
yang membuat hati merana!"
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
sumber : Dr cinta punye belog
pakai jilbab/tudung itu tak wajib..
tapi tutup rambut itu yang wajib
pakai stokin itu tak wajib
tapi tutup kaki itu yang wajib
pakai apa2 apa pun tak wajib
tapi menutup aurat itu yang wajib
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur."
Wahai hati yang sering berbolak balik
Salam..
Panjang gitu tajuk~
Semenjak dua menjak ni..selalu wt entri yg nth pape tah..tp x pe la kan..xde org nk baca..
2 paper exam dah berlalu. Masih berbaki lagi 3. Sila tambah usaha anda!
Ok. mula menjawab tag kamu..azack..Sedia..Mula..
- Nama saya Hartiny Binti Runa
- Hartiny Nama Saya adalah nama saya kat facebook. oh. pening x?
- 3 April 1989 mak saya lahirkan saya dengan susah payah.(rujuk surah Luqman ayat 14 kt sini)
- Adik beradik 4 orang
- Lau tak ada 5 orang..Tapi adik yg kecil sekali meninggal sbb sakit.
- Dan dah bertambah jadi 6 sbb ada Yana. Aci x?
- Saya kuat makan. Maksudnya suka makan banyak kali. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Baru makan. Kejap lagi sudah lapar semula.
- Saya juga kuat nangis. Dan telah mempengaruhi rumet untuk kuat nangis juga. Dia yang dulu kental untuk mengalirkan air mata. Kini sangat mudah untuk mengalirkannya. Maaf rumet..Kamu kena kuat..Macam saya..hehehe~~
- Suka menegur(hanya kepada orang betul2 sudah memahami) dan sangat berharap untuk ditegur(oleh sesiapa). Berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri.
- Belum layak untuk sesiapa kerana masih banyak kelemahan dan kekurangan.
- Tidak suka memaksa dan tidak suka dipaksa.
- Selalu berusaha untuk menjadi sahabat yang baik. Mudah bersahabat dengan semua orang.
- Agak boros. Tidak pandai menguruskan wang. Tidak layak menjadi Menteri Kewangan. Tetapi boleh menjadi Perdana Menteri. Kan?
- Ketika kecil berharap untuk menjadi Doktor. Ketika sekolah menengah berharap untuk menjadi Guru. Dan kini belajar dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Tetapi bila sudah tamat pengajian ingin menjadi Usahawan. Boleh tak..??
- Selalu diberi gelaran gedik oleh rakan sekeliling oleh kerana sikap yang sopan santun dan lemah lembut itu. Betul!!kenyataan ni..percayalah..
- Orang kampung tidak tahu akan kewujudan saya kerana jarang keluar rumah.
- Selalu keluar dating dengan adik yang dianggap teman lelaki oleh rakan-rakan beliau.
- Malas belajar. Terutama subjek membaca. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah.
- Walaupun tak suka subjek membaca. Tetapi suka membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.maaf.sedikit mengikut skema jawapan.
- Suka aktiviti lasak. Tapi tak suka lari.
- Selalu terima apa yang ada. Tidak cerewet. Bak kate iela..tini kan 'layan je ar'.ini trademark.
- Penuh dengan kasih sayang. yeke? macam perasan sendiri je.
- Suka senyum. satu..dua..tiga!
- Bila tension, akan makan. Bila bosan, akan memasak.
- Tak suka baju warna kuning!
kawan sebelah katil
Belum lagi ku temui
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian
Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan
Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati
C/o:
Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu
Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..
Salam..
Mohon maaf entri yg tidak memberi manfaat langsung...
Emosi kurang stabil..
Saya off hp..
Jangan ganggu saya lagi..
Ok..
Sila paham..
Kepada kawan-kawan yang lain..
Maaf sangat2..
Lagipun rasenye saya tidak perlukan oleh sesiapa sekarang ni..
So x pe kan x on hp..
Jika penting..ym ad..skype ad..facebook ad..google talk pn ad..
Masih available dan aktif..
OK..
Maaf Zahir Batin..
Salam sahabat2 sekalian...Macam mana dengan persiapan utk menghadapi ujian yang bermula pada hari esok?Dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat berjuang kepada sahabat-sahabat sekalian..Semoga urusan kalian sentiasa dipermudahkan olehNya..Maaf atas segala kelemahan diri..dan sentiasa berusaha untuk memaafkan kesalahan orang lain..
- Jika ia hilang..kembalilah meminta kepadaNya..
- Playlist ad kat bawah sekali.Boleh la lau nk replay..
- Better pakai earphone/headphone dsb..nnt ganggu orang lain nk study pulak...hehehe..=)
bismillahirrahmanirrahim...
Senarai2 yang sy teringin ketika musim2 exam ni:
AKHWAT SEJATI.......
Nota di kaki blog :
1) Adakah anda tahu akhwat itu apa?
2) Saya belum lagi jadi cam gini..bnyak nya yg bukan dilihat drpd je
3) Saya letak sebab sy suka ayat dia. Memang mkn dlm (bak kate rumet sy)
4) Penat kena type sbb x ley copy paste dari buku
5) Dah habis dah. jgn tekan bawah lagi
dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha penyayang...
Pertemuan pertama Yem(en. Halmy) dan Wawa(pn. Azwa) adalah ketika berumur ..er..jap..mase tu sy baru lahir..jadinya..en.yem berumur 3 tahun dan pn.wawa berumur 2 tahun. Mereka adalah kawan sepermainan sejak kecil lagi. Kawasan rumah adalah sama. Duduk di rumah sewa di Kuching Sarawak. Menurut cerita pn. Emak, (kerana sy x tau pape) keluarga kami mmg sgt rapat kerana :
1) ayah ngn p.cik daan adalah askar JLJ
2) x penah balik raye ke semenanjung selama menetap di kuching, so sambut la raye same2 sbb dkwsn itu semuanya org asli yang x sambut raye
3) balong x de kawan, sbb tini kecik, baru lahir, so die akan bermain bersama cik azwa dan abangnye(telah meninggal beberapa tahun yg lalu krn xcdent)
4) abang sy seorang yang kuat nangis. apabila bermain dgn jiran tetangga yang lain, abg selalu dibuli oleh budak2 nakal yg lain. jadi cik azwa dan abangnye menjadi pembela kpd abg saya. dia akan dipujuk spy tidak nangis dan akan mengadu kpd en. mak bhw abg dipukul oleh anak jiran sebelah..cmni ayat die
"Cik ani (nama mak sy noraini), yem nangis.. Die kne pukul ngn emy...wa ngn along bwk die balik"
Begitulah kisah mereka ketika kecik2..Yem yang kuat nangis dan Wawa yg kuat mengadu. selepas masing-masing pulang ke semenanjung, maka terpisahlah hubungan yem dan wawa...Tapi mak kata mak hanya ada simpan no tepon rumah cik daan yg menetap di seremban.
Beberapa tahun kemudian, saya darjah 4, abang darjah 6. kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. Ayah sudah tidak tidak lg berkhidmat sbg anggota tentera.dan sy dah ad 2 org adik ..ajid ngn ijam..Dekat seminggu kat p bercuti..x ingt dah..ayah berhasrat utk g melawat rumah sewa lama kami di kajang n jumpa dgn jiran2 lama..(pas serawak,pindah kluang,pastu kajang, baru balik menetap kat johor)...dalam melawat kawan2 lama mak ngn ayah, ayah teringat akan p.cik daan dan keluarga yg menetap di n9..so try menelepon..dan terus ke rumah beliau..huhuhu.. Kami sempat bermalam dirumahnya..dan budak2 kecik ini sempat bersiar-siar di taman permainan sambil bergambar pelbagai aksi..tp nk tunjuk 1 je gambar kat umah cik Daan
Tarikh : 1 November 2010
Tempat : Umah cik Daan
Tema baju family perempuan : cokelat
Tema baju family laki : biru
nota 1 : semenjak akhir-akhir ni sy dah pandai tulis nota
nota 2 : time 2 mood exam terasa nk mkn pizza dan jemput-jemput gune air panas yang mak buat
nota 3 : bila nk stat blaja yang konsisten??asyik tulis blog je
nota 4 : bile pulak sy nk kawin??mak kate tahun depan..hahahahahaha
nota 5 : nota saya bnyk yg x siap lagi..
sekian~~~
p/s :
1) Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
”janganlah kalian mendekati zina............”
”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.................”
Recent Comments