Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah ana baru shj selesai menjawab satu test..masih 2 lagi yg berbaki..semoga dipermudahkan..insyaAllah..entri kali ini ana ingin berkongsi sedikit ttg HATI..
Apabila disebut ttg hati..ap yg terlintas difiran sahabat2?perasaan?cinta?ataupun hanya sekadar organ kedua terbesar pada diri manusia (organ terbesar adalah kulit) yang berfungsi sebagai menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.(pelajaran biologi semasa sekolah menengah).. Adakah itu yang mendefinisikan hati bagi sahabat2 sekalian??Tepuk dada..tanyalah iman..
Sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w :
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
Hadis ini cukup jelas menerangkan bahawa hati merupakan organ yg paling penting yang menentukan peribadi dan sahsiah diri kita. Jika bersih sekeping hati itu, maka bersihlah seluruh jiwa dan amalan kita..begitulah sebaliknya..
Firman Allah yang bermaksud :
"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."
Sahabat-sahabat yang amat disayangi....marilah kita sama-sama menjaga kebersihan hati kita...semakin hati semakin banyan tompok2 hitam dalam hati kita ini...jika tidak dibersihkan...semakin banyak lah bakteria, virus dan sawang-sawangan yang bermastautin di hati kita..Natijahnya..hati kita lupa padaNya..iman kita semakin goyah..selalu tertipu dengan bisikan nafsu dan syaitan laknatullah...
betapa besarnya impak hati terhadap diri kita..justeru itu..marilah sama-membersihkan hati drpd pelbagai penyakit..teringat pula zikir yg selalu dinyanyikan masa disekolah menengah dulu...
Bersama2 kita renungkan kembali hati kita..semoga ianya sentiasa bersih dan dijauhi drpd pelbagai penyakit.. Buat diri sendiri...selamat berusaha...
0 Response to "bicara tentang hati"
Post a Comment