Salam..
Panjang gitu tajuk~
Semenjak dua menjak ni..selalu wt entri yg nth pape tah..tp x pe la kan..xde org nk baca..
2 paper exam dah berlalu. Masih berbaki lagi 3. Sila tambah usaha anda!
Ok. mula menjawab tag kamu..azack..Sedia..Mula..
- Nama saya Hartiny Binti Runa
- Hartiny Nama Saya adalah nama saya kat facebook. oh. pening x?
- 3 April 1989 mak saya lahirkan saya dengan susah payah.(rujuk surah Luqman ayat 14 kt sini)
- Adik beradik 4 orang
- Lau tak ada 5 orang..Tapi adik yg kecil sekali meninggal sbb sakit.
- Dan dah bertambah jadi 6 sbb ada Yana. Aci x?
- Saya kuat makan. Maksudnya suka makan banyak kali. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Baru makan. Kejap lagi sudah lapar semula.
- Saya juga kuat nangis. Dan telah mempengaruhi rumet untuk kuat nangis juga. Dia yang dulu kental untuk mengalirkan air mata. Kini sangat mudah untuk mengalirkannya. Maaf rumet..Kamu kena kuat..Macam saya..hehehe~~
- Suka menegur(hanya kepada orang betul2 sudah memahami) dan sangat berharap untuk ditegur(oleh sesiapa). Berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri.
- Belum layak untuk sesiapa kerana masih banyak kelemahan dan kekurangan.
- Tidak suka memaksa dan tidak suka dipaksa.
- Selalu berusaha untuk menjadi sahabat yang baik. Mudah bersahabat dengan semua orang.
- Agak boros. Tidak pandai menguruskan wang. Tidak layak menjadi Menteri Kewangan. Tetapi boleh menjadi Perdana Menteri. Kan?
- Ketika kecil berharap untuk menjadi Doktor. Ketika sekolah menengah berharap untuk menjadi Guru. Dan kini belajar dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Tetapi bila sudah tamat pengajian ingin menjadi Usahawan. Boleh tak..??
- Selalu diberi gelaran gedik oleh rakan sekeliling oleh kerana sikap yang sopan santun dan lemah lembut itu. Betul!!kenyataan ni..percayalah..
- Orang kampung tidak tahu akan kewujudan saya kerana jarang keluar rumah.
- Selalu keluar dating dengan adik yang dianggap teman lelaki oleh rakan-rakan beliau.
- Malas belajar. Terutama subjek membaca. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah.
- Walaupun tak suka subjek membaca. Tetapi suka membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.maaf.sedikit mengikut skema jawapan.
- Suka aktiviti lasak. Tapi tak suka lari.
- Selalu terima apa yang ada. Tidak cerewet. Bak kate iela..tini kan 'layan je ar'.ini trademark.
- Penuh dengan kasih sayang. yeke? macam perasan sendiri je.
- Suka senyum. satu..dua..tiga!
- Bila tension, akan makan. Bila bosan, akan memasak.
- Tak suka baju warna kuning!
kekasih hati bantal peluk
kakak depan bilik
kawan sebelah katil
kawan sebelah katil
sm
sn
p/S: hanya orang lain yang boleh menilai diri kita. kadang-kadang kita tidak sedar apa yang dilakukan itu betul atau tidak. jadi sahabat yang baik amat diperlukan untuk menegur dan menjadi pendorong kita.
"Antara kita sedar ataupun tidak, kita menjadi pengikut ataupun idola kepada orang lain. Apa sahaja yang kita lakukan akan dilihat oleh rakyat jelata disekeliling. Jika ianya baik, alhamdulillah kita memperolehi pahala kerana membantu orang lain juga untuk berbuat baik. Jika sebaliknya, maka berdosalah kita kerana mendorong orang lain juga untuk melakukan dosa"
0 Response to "menjawab tag azack setelah kemurungan menjawab exam~"
Post a Comment