dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang..
situasi 2: dari jauh kelihatan seorang muslimah berjalan dgn penuh kesopanan.cantik.ayu.namun dari kejauhannya itu telah terhidu oleh para pemuda yg sedang melepak di gerai mamak akan perfume body shop perasa oren
apa yang tergambar dalam fikiran sahabat2 sekalian berkaitan 2 situasi yg berbeza di atas??mana yang lebih penting??
SOLEHAH TAPI TIDAK CANTIK
ungkapan ini mungkin agak kasar bagi sesetengah pihak.maaf.tolong baca sehingga ke akhirnya.namun inilah hakikatnya. ciri-ciri solehah yang ada pada diri mereka tidak diimbangi dengan penampilan yang cantik selaras dengan ajaran agama. ada juga yg berfikir perhiasan utk kelihatan rapi dan kemas adalah dilarang. bukankan kebersihan itu sebahagian drpd iman..
ketaatan pada syariat bukanlah penghalang ataupun alasan utk meminggirkan penampilan diri..seharusnya kita mengetahui perlulah berhias dalam kategori yg minimum.
minimum yg dimaksudkan disini adalah tidak berlebih-lebihan dengan menampilkan wajah yang ceria dan segar dan memiliki kesihatan yang baik. berikut merupakan beberapa tips dalam menjaga penampilan sbg seorang muslimah:
- Ganti tudung sehari sekali - jangan lah guna lagi tudung yang telah digunakan seharian.ini akan mengeluarkan bau yang kurang senang kerana peluh pada tudung yang sudah kering lebih teruk drpd bau badan kita
- Tukar pakaian - sama seperti tudung. pakaian yang telah digunakan jangan lah dipakai lagi sebelum dibasuh. baju yang lebih dekat dgn anggota badan yang bnyk mengeluarkan peluh. tetapi seluar, mungkin dibolehkan utk digunakan semula.tetapi bukan selama sebulan!!.cukuplah sekadar 2 kali persalinan baju.
- Deodorant - ataupn dikenali sbg odorono(org dulu-dulu panggil) amat penting bagi mengelakkan bau badan yang kurang enak ketika berpeluh. terdapat bnyk pilihan dan jenis deodorant yg boleh didapati dipasaran mengikut perisa(mcm mknn pulak) ,fungsinya (pemutih,penyerap peluh etc..), dan jenisnya(roll on, stick)
ni yg jenis stick
ni yg jenis roll-on
4. mandi - penyakit gadis masa kini adalah mandi(kdg2 juga mengalami penyakit ini) waktu mandi selalu dilelengah2kan sehingga waktu magrib dan akhirnya..tak mandi...mandi adalah salah satu cara utk mengekalkan kesegaran dan kesihatan badan. selain membersihkan segala kekotoran yang ada pada badan. masa kecik2 dulu mak selalu pesan mandi bermula dari kaki hingga kepala...tak tahu kenapa. ikut saja. tp bila dah boleh berfikir..rupanya adalah bagi menghilangkan kepanasan dalam badan dgn cara yang betul bagi mengelakkan demam.
Nape??x caye kan..meh nak explain sikit..haba yang berada dalam badan akan terkejut bila berlakunya pemindahan haba secara ekxpress apabila badan dimandikan dgn air sejuk. mestilah akan berlakunya pemindahan haba utk mndapat keseimbangan thermo dalam badan dan air sejuk. ini akan menyebabkan badan tidak boleh menerima pemindahan haba secara mengejut dan akan mengakibatkan demam.(kalau selalu di buat .x semua.lau badan kuat x demamla). so pemindahan haba secara semulajadi perlu dilakukan iaitu dari bawah ke atas.. (maaf jika fakta ini salah..saya menggoreng saja ikut kefahaman sdr..(^^,)
5. makanan - makanan merupakan salah satu faktor yang penting dlm penampilan..macam
mana???kerana sesetengah makanan yang dimakan akan mengeluarkan bau yg kurg
menyenangkan pada badan...dan makanan yang berkhasiat juga dpt mengekalkan kecantikan
serta menjaga kesihatan..hendaklah emengelakkan drpd mknan yang mengeluarkan bau peluh
yang kuat. bagi mereka yang memang sedia mempunyai bau badan yg agak kuat disarankan
supaya minum segelas air daun sirih setiap hari..erk..insyaAllah akan mengurangkan bau
badan...
Sebagai penutup..ingatlah firman Allah:
Al-A`raaf:031
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid , makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan . Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan..
CANTIK TAPI TAK SOLEHAH
Al-Ahzab:059
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu`min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
An-Nuur:031
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
"Wahai Asma' sesungguhnya wanita apabila telah sampai kepada tanda kedewasaan (haid), tidak boleh terlihat bahagian tubuhnya kecuali yang ini dan yang ini,-baginda mengishtiharkan muka dan telapak tangannya"
(HR. Abu Dawwud, Syaikh Al_Abani menghasankannya)
Cara-cara berhias yang perlu diketahui:
- hendaklah memilih cara berhias yang tidak dilarang dalam Islam - dari segi aurat,perhiasan dan lain2..
- tidak menyerupai orang kafir - meniru pemakaian yg sama seperti pemakaian org kafir seperti pakaian birawati, kopiah org yahudi(hnya sbg contoh..tahu pmpn x pkai kopiah(T_T)
- jangan menyerupai lelaki dlm berpakaian
- perhiasan tidak berbentuk kekal sehingga tidak hilang seumur hidup - sbg contoh tatu, mewarnakan rambut yang tidak telus air(ni dah masuk bab lain dah..jd x sah solat)
- jangan melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah - segala yg telah diciptakan oleh Allah sememangnya cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri..jd x payah la nk ubah2 ye..
- jangan membahayakan tubuh - melakukan pembedahan berisiko tinggi semata-mata utk cantik!!x perlu..
- jangan boros - duit banyak habis sbb beli barang kecantikan bnyk sangat sampai x tau nk gune yg mana satu..isk2..
- jangan membuang masa yang lama utk berhias - nk keluar pukul 8.00 mlm..tp start bersolek pas zuhur!!..cukuplah bersederhana...
- jangan sampai membuatkan diri sombong, angkuh kerana kelihatan cantik (tidak tabarruj)
sampai sini dulu entri kali ini..moga dapat manfaat buat semua..
0 Response to "solehah ke cantik???"
Post a Comment