happy anniversary!!

dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha penyayang...



Hari ini tanggal 1 November 2010 merupakan ulangtahun perkahwinan abang sayang saya (dia sudah curang dengan sy..sob3) dengan musuh ketat saya (betul..saya tipu!!).. Pada tanggal 1 November 2009 Halmy Bin Runa dan pasanganya Anidatul Azwa Binti Daan telah selamat diijab kabulkan dgn satu lafaz. Walaupun usia perkahwinan mereka belum baru sahaja mencecah setahun, tetapi mereka telah dikurniakan seorang puteri bernama Aisyah Humairah Binti Halmy (saya sudah jd makcik)..Beliau sgt comel..mcm mak ngah die..(ad kaitan ke??)..Jangan berasa pelik dan jangan buruk sangka ye..Seperti mana yang kita pelajari sains ataupun biologi dahulu, kandungan ibu yang mengandung adalah berusia 9 bulan 10 hari.ha.. Tak sampai setahun pun..So..mereka ni telah diibaratkan sebagai bunting pelamin..Tau x bunting pelamin tu apa???Tanyalah en. google untuk keterangan lanjut..
inilah Aisyah Humairah..Comel mcm mak ngah kan..hehehehe..lau tgk gmbar time kecik2..sebijik mcm walid die..tp warna kulit cam umi die la..

Perkahwinan memang la perkara yang biasa..Tapi apa yang ingin saya kongsikan adalah cerita disebalik macam mana diorang ni boleh berkahwin. Huhu.. Sebelum cerita dimulakan, ribuan kemaafan diucapkan kepada abg ngn k.long atas perkongsian ini. Mungkin sebarang sesi 'u drop my water face'(ayat balong)  akan terkeluar..tp hehehehehe..nk jugak tulis kerana kebosanan di minggu study ini..

Pertemuan pertama Yem(en. Halmy) dan Wawa(pn. Azwa) adalah ketika berumur ..er..jap..mase tu sy baru lahir..jadinya..en.yem berumur 3 tahun dan pn.wawa berumur 2 tahun. Mereka adalah kawan sepermainan sejak kecil lagi. Kawasan rumah adalah sama. Duduk di rumah sewa di Kuching Sarawak. Menurut cerita pn. Emak, (kerana sy x tau pape) keluarga kami mmg sgt rapat kerana :
1) ayah ngn p.cik daan adalah askar JLJ
2) x penah balik raye ke semenanjung selama menetap di kuching, so sambut la raye same2 sbb dkwsn itu semuanya org asli yang x sambut raye
3) balong x de kawan, sbb tini kecik, baru lahir, so die akan bermain bersama cik azwa dan abangnye(telah meninggal beberapa tahun yg lalu krn xcdent)
4) abang sy seorang yang kuat nangis. apabila bermain dgn jiran tetangga yang lain, abg selalu dibuli oleh budak2 nakal yg lain. jadi cik azwa dan abangnye menjadi pembela kpd abg saya. dia akan dipujuk spy tidak nangis dan akan mengadu kpd en. mak bhw abg dipukul oleh anak jiran sebelah..cmni ayat die
 "Cik ani (nama mak sy noraini), yem nangis.. Die kne pukul ngn emy...wa ngn along bwk die balik"

Begitulah kisah mereka ketika kecik2..Yem yang kuat nangis dan Wawa yg kuat mengadu. selepas masing-masing pulang ke semenanjung, maka terpisahlah hubungan yem dan wawa...Tapi mak kata mak hanya ada simpan no tepon rumah cik daan yg menetap di seremban.

Beberapa tahun kemudian, saya darjah 4, abang darjah 6. kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. Ayah sudah tidak tidak lg berkhidmat sbg anggota tentera.dan sy dah ad 2 org adik ..ajid ngn ijam..Dekat seminggu kat p bercuti..x ingt dah..ayah berhasrat utk g melawat rumah sewa lama kami di kajang n jumpa dgn jiran2 lama..(pas serawak,pindah kluang,pastu kajang, baru balik menetap kat johor)...dalam melawat kawan2 lama mak ngn ayah, ayah teringat akan p.cik daan dan keluarga yg menetap di n9..so try menelepon..dan terus ke rumah beliau..huhuhu.. Kami sempat bermalam dirumahnya..dan budak2 kecik ini sempat bersiar-siar di taman permainan sambil bergambar pelbagai aksi..tp nk tunjuk 1 je gambar kat umah cik Daan

sila fokus pada gambar yg dibulatkan shj..bukan gambar yg lain~~

--------------------------------------------

Ni gambar ketika...
Tarikh : 1 November 2010
Tempat : Umah cik Daan
Tema baju family perempuan : cokelat
Tema baju family laki : biru

kontra ye ~~ harap maklum (T_T)
family tema cokelat
family tema biru : saya yg kuat makan hnya nmpak tudung dan tangan yg sdg memegang sudu dan siap sedia utk disuapkan ke mulut. dapat duduk di meja pengantin...amik berkat...hehehe...emak dan ayah juge berbaju biru..

muka yang bersinar2..dan penuh kebahagiaan~~lalalala~~

Akhir kata, selamat Hari raya maaf zahir batin..eh..Selamat Menyambut Ulangtahun perkahwinan yang pertama buat Halmy dan Anidatul Azwa, abg dan kakak yg tersayang~~(sy sudah ad kakak yg sgt kuat bersukan)..Semoga perkahwinan kalian ini berkekalan hingga ke akhirnya. dan membina keluarga yang sentiasa penuh dgn mawaddah wa rahmah..Amin~~

Salam sayang dari perantauan,


ini adalah tanda tangan
................................
Kak ngah a.k.a teetttttttt(nama timangan tidak boleh disebutkan disini)
hehehehehe...


nota 1 : semenjak akhir-akhir ni sy dah pandai tulis nota
nota 2 : time 2 mood exam terasa nk mkn pizza dan jemput-jemput gune air panas yang mak buat
nota 3 : bila nk stat blaja yang konsisten??asyik tulis blog je
nota 4 : bile pulak sy nk kawin??mak kate tahun depan..hahahahahaha
nota 5 : nota saya bnyk yg x siap lagi..

sekian~~~

p/s :
1) Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, 
"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
 
2) Check surah an-nisa' (1-3)

salah kah aku??


Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali...aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta...namun apa yang boleh aku buat?dia telah jatuh cinta…………apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta??aku mencongak kata2 yang bakal ku susun…agar dia tidak menyalahi erti cinta..





Apakah cinta yang sebenarnya??bagaimana islam memandang cinta..??bagaimana pula jika cinta menghampiri kita??..........


Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih..cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu....

Islam memandang cinta dalam 3 perspektif..:

1) menyintainya kerana ALLAH swt...(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat, mengikuti sunah nabi)
2) cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) cinta yang mubah (cinta xsengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan ’cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci....

ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka....

dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:

”tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa nikah???!!!tidak mungkin....sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah..
Dalam surah al-isra:32

 ”janganlah kalian mendekati zina............”

Ah takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina???bingung juga....

Sabda nabi..

”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.................”

sahabatku kau seorang remaja muslim yang baik tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,,mampukah sahabat tidak berdalih lagi??

Bagi sahabat2ku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat...tahanlah dirimu dari hal2 yng dilarang agama seperti mengelamun, berangan2 membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.............

Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan..:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.......


boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah.................alan..gkah baiknya ALLAH sanggupkah kita menkhianatinNYA?bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini?tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai??



Rasulullah bersabda:

”tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”.......

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti?kekasih kah??tentu tidak.oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. insyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti..insyaALLAH....

Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah......demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman....insyaALLAH..................................

nota 1 : terima kasih atas perkongsian dari sini
nota 2 : buat renungan bersama
nota 3 : maaf atas kekhilafan dan kelalaian diri
nota 4 : sila cuci hati..lihat sini

p/s : tiada cinta yang lebih agung selain cintaNya

Surat Cinta Buat Dirinya

Kehadapan sahabatku yg dikasihi~


Diharapkan dengan kehadiran surat ini tidak akan menyebabkan dirimu marah, menyebabkan dirimu berubah. Kekalkanlah untuk menjadi dirimu yang dulu, yang berpegang teguh kepada prinsipmu mengutamakan apa yang lebih penting meninggalkan perkara-perkara yang lagha.

Sahabatku yang disayangi~

Kehadiran surat yang penuh dengan kasih sayang kepadamu ini, hanyalah untuk menegur kesalahan yang telah kamu lakukan. Mungkin sibuk dengan urusan duniawi, dirimu yang dulu telah berubah. Mencintai dunia melebihi segalanya. Walaupun hanya sekejap cuma, tetapi ketahuilah wahai sahabatku, ianya bakal merosakkan dirimu.

Kekasihku~

Aku begitu terasa dengan perubahan drastik dalam dirimu. Aku sangat terasa akan kehilanganmu. Kehilangan seorang sahabat yang amat aku sayangi. Seorang sahabat yang amat aku kasihi. Seorang sahabat yang menjadi tempat rujukanku. Seorang sahabat yang menjadi idolaku. Dimanakah dirimu yang dahulu?? Aku rindu saat-saat manis denganmu.

Wahai Sayangku~

Kembalilah kamu kepadaku. Kembalilah menjadi pendampingku. Kembalilah menjadi dirimu yang dahulu. Mungkin kelalaiku juga menyebabkan dirimu jadi begini. Maafkan aku wahai sayangku. Aku berjanji akan menjadi orang yang selalu mengambil berat terhadapmu, yang peka akan perubahan dirimu.

nota 1 : ini bukan surat cinta
nota 2: ini bukan untuk awak
nota 3: nyah ikhtilat..sila beri kekuatan dan tunjuk ajar
nota 4: ridukan sahabat yang ini

p/s: semoga diriku istiqimah dan sentiasa diberi kekuatan..amin~

imtihan is around the corner~~


thanx kepada nad yg tlg upload bende alah ni kat muka buku
...
kepada sahabat2 seperjuangan good luck utk semua dan diri sendiri juga
...
selamat study yg kuat-kuat
...
buat rumet, jgn makan megi dikala exam
...
buat kak ton, sila siapkan psm cepat2
...
buat syaida shukor, jgn duk tdoq ja na
...
buat nur n ana, selamat menyiapkan assgment yg melambak2
...
buat pencuci hati sy cik ica, good luck utk kamu
...
buat kiki,tqa,bibie,iela n azack selamat study dgn pantas n tggu kehadiran tini ke k9
...
buat abg saya, en. am jgn asyik nk menggedik dgn bantal peluk, biar pecah diperut jgn dimulut (^^,)
...
buat yg lain2..selamat study juga utk kalian..
...
saya syg sumenye
...
akhir kata
...
man jadda wa jadda
...


saya hendak berdakwah..boleh??

sumber : saya amik dari sini


penulis :hilal asyraf



----------------------------------------

Ada orang rasa diri dia tidak berguna untuk Islam.

“Saya ni bukannya hebat sangat. Ilmu tak ada. Nak cakap fasal Islam tak boleh sangat.”

“Saya ni bukannya petah berbicara. Nak cakap dengan orang tak reti. Nak dakwah lagi lah.”

Dakwah. Satu perkataan popular yang asalnya dari perkataan da’a di dalam bahasa arab. Da’a bermaksud seru manakala dakwah adalah seruan. Biasanya, apabila disebut dakwah, kita akan mengaitkannya dengan seruan kepada Islam.

Kalau ditanyakan kepada saya, siapakah yang layak berdakwah, maka saya akan katakan semua orang islam. Apakah hanya untuk orang berilmu sahaja? Tidak. Saya akan katakan kepada semua. Hakikat dakwah adalah wajib sebenarnya.

Tetapi persoalan yang sering dibangkitkan selepas itu adalah: “Tidak punya ilmu, tidak petah berbicara, tidak hafal Al-Quran banyak, tidak sekolah agama dan bla-bla-bla.”

Ok. Stop.

Saya rasa kita kena ubah sesuatu di dalam diri kita.

Kita kena faham bahawa, kita semua boleh berdakwah.


Kewajipan dakwah.

Dakwah adalah wajib. Sesiapa yang mnyatakan tugasan dakwah telah terhenti apabila Rasulullah SAW telah wafat maka itu adalah kesilapan. Hal ini kerana, di dalam Al-Quran jelas telah menyatakan bahawa dakwah merupakan wajib kepada semua.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.”Surah Al-Baqarah ayat 140.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia (Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.” Surah Ali-Imran ayat 110.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” Hadith riwayat Bukhari.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu.” Surah As-Saff ayat 10-11.

Di sini kita dapat melihat betapa Allah SWT tidak mengarahkan dakwah itu hanya kepada Rasulullah SAW semata-mata. Tetapi juga kepada ummat Islam yang beriman lainnya. Terdapat pula isyarat-isyarat lain akan kewajipan dakwah ini kepada semua apabila Rasulullah SAW menghantar utusan-utusan da’ienya ke serata tempat. Apabila Abu Bakr RA tetap meneruskan usaha-usaha dakwah walaupun kewafatan Rasulullah SAW dan begitulah juga khalifah seterusnya.

Jika benar dakwah hanya untuk Rasul sahaja, maka Rasulullah tidak akan menghantar utusan, dan sahabat-sahabat sepatutnya berhenti menyebarkan Islam.

Maka, ketahuilah di sini bahawa, saya, anda, dan saudara-saudara kita di dalam Islam yang lain itu semuanya mempunyai tanggungjawab dalam menyebarkan Islam ini.

Habis, macam mana saya hendak berdakwah?

Soalan itu pun muncul. Bila sudah tahu tanggungjawab, maka kita akan mencari cara bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawab. Ini bagi mereka yang baik hatinya, suci jiwanya. Rasa tanggungjawab itu akan memberat di pundak hingga mereka berusaha untuk mengerjakannya.

Tetapi bagi yang jiwanya diselimuti hawa nafsu, mungkin dia merasakan ini semua tidak perlu. “Aku peduli apa.” Mungkin.

Jadi, macam mana hendak berdakwah?

Satu perkara yang perlu disedari adalah, dakwah ini luas medannya. Jika di dalam buku usul dakwah saya, ringkasan yang dibuat oleh Dr ‘Adnan Khutotobeh daripada buku Usul Dakwah karangan Dr Abdul Karim Zaidan, ternyata jalan-jalan untuk melaksanakan dakwah itu melebihi puluhan.

Maka soalan pertama yang perlu ditanya, apakah yang kita ada?

Ya. Apa yang anda ada?

Anda pandai menulis? Maka gunakan penulisan anda untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT.

Anda pandai berbicara? Maka gunakan kepetahan anda untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT.

Anda pengarah filem? Maka gunakan kelebihan anda untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT.

Anda seorang guru? Maka gunakan peluang pekerjaan anda untuk mengajak murid-murid serta rakan sekerja untuk kembali kepada Allah SWT.

Anda seorang pensyarah? Maka gunakan peluang di dalam kuliah anda untuk mengasimilasikan pengajian anda dengan mengembalikan manusia kepada Allah SWT.

Anda seorang doktor? Maka sambungkan harapan pesakit-pesakit anda kepada Allah SWT.

Begitulah. Apa sahaja abiliti, kelebihan, yang kita punyai, kita gunakannya sebagai peluang untuk menyebarkan agama Allah dengan lebih luas lagi.

Masalahnya saya tidak punya apa-apa. Saya orang biasa sahaja.

Masalah timbul adalah apabila kita tidak mempunyai abiliti seperti berani bercakap dan mempunyai kebolehan seperti menulis dan sebagainya.

Tetapi sebenarnya ini bukan masalah pun.

Dakwah tetap wajib kepada anda.

Bagaimana?

Paling kurang dengan akhlak. Yang ini, semua orang pun kena buat. Ya, akhlak. Itu juga adalah dakwah. Anda tidak pandai bercakap? Tak mengapa. Anda tidak mempunyai kelebihan apa-apa? Tak mengapa.

Binalah akhlak anda. Itu satu dakwah hakikatnya.

Mengapa? Sebab akhlak adalah apa yang manusia pandang. Hakikatnya, akhlak adalah perkara yang paling basic. Pendakwah yang pandai cakap pompang pomping pun, kalau akhlak tak ada, tetap tak berguna juga.

Anda pensyarah tetapi segan nak cakap fasal Islam? Maka tunjukkan akhlak yang baik.

Anda jurutera, tetapi tak tahu nak sebar Islam macam mana? Maka tunjukkan akhlak yang baik.

Anda guru, tetapi tak tahu hendak mengajak anak murid kepada Islam bagaimana? Maka tunjukkan akhlak yang baik.

Anda seorang ahli keluarga, tetapi mati akal hendak mengajak keluarga kepada Islam? Maka tunjukkan akhlak yang baik.

Begitulah.

Akhlak ini yang anda perlu perhatikan. Anda boleh berdakwah melaluinya. Tunjukkan syakhsiah muslim muslimah anda. Tepati janji, tepati waktu, bicara yang baik, pakaian yang sopan dan kemas, amanah dan jujur, baik hati dan mengambil berat, ziarah dan memberikan hadiah, sentiasa senyum dan sentiasa berusaha meringankan masalah orang.

Ini juga adalah satu dakwah.

Tidakkah anda memerhatikan? Mudah bukan? Bahkan ia adalah antara cara dakwah yang paling berkesan. Kita semua tahu bahawa manusia suka orang yang berakhlak. Professor hebat macam mana pun, kalau tak ada akhlak, kita pun benci.

Maka jika kita memahami bahawa dakwah itu wajib, wajiblah bagi kita menjaga akhlak kita. Hal ini kerana, keburukan akhlak kita adalah palitan lumpur kepada Islam itu sendiri. Bukankah kita telah berdosa?

Tak ada alasan bukan? Apakah berakhlak pun memerlukan abiliti atau kelebihan tertentu?

Saya tidak rasa begitu.

Penutup: Bertebaranlah di muka bumi, dan serulah manusia.

Di sinilah kecantikan Islam. Mudah. Semua orang boleh buat. Semua orang boleh aplikasi. Tambahan, Islam tidak bergerak secara sendiri-sendiri. Ia bergerak secara jama’i. Bukanlah Rasulullah sahaja perlu berdakwah, ummat baginda juga perlu. Jika tidak, baginda tidak akan menghantar Mus’ab bin Umair RA ke Madinah, baginda tidak akan menghantar Mu’adz bin Jabal ke Yaman. Baginda tidak akan menghantar 80 sahabat yang akhirnya mati di dalam peristiwa Bir Al-Ma’unah.

Paling kurang dengan akhlak. Itulah peranan kita.

Yang ada kepetahan berbicara, yang ada kelebihan menulis, yang mampu menonjol ke hadapan, yang boleh memimpin, yang mampu mengaut ilmu lebih tinggi, semua ada tugasan masing-masing dan tanggungjawab menggunakan abiliti mereka untuk Islam.

Tetapi tetap orang yang tidak mempunyai kelebihan-kelebihan itu, mempunyai peranannya juga. Bayangkan ya, pendakwah pompang pomping cakap Islam itu bagus, Islam itu cara hidup yang sebenar, tetapi ada ummat Islam yang rogol bukan Islam. Bagaimana? Tidakkah itu mencacatkan?

Maka di sini kita perlu faham betapa kita juga berperanan.

Akhlak adalah dakwah.

Jangan kata anda tidak boleh berdakwah.

Binalah akhlak.

Itu tugasannya.


---------------------------------------

p/s: memperbaiki akhlak kita juga merupakan satu dakwah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...