Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

origami hati~



"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[2 : 216]

sempurna,,,

SEMPURNA
 
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujimu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
 
Lirik sekadar hiasan~
 
Salam ukhwah~
Ada ke manusia yang sempurna kat dunia ni??
Omputih kata
"No Body is PERFECT"
 
Tapi semua orang mesti selalu berusaha menjadi sempuna. mungkin org fikir membazir je nak jadi sempurna sebab x kan ada org 100 percent sempurna.
 
setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
 
 
ada orang pandai bercakap
ada orang tak pandai luahkan perasaan
ada orang suka berdendam
ada orang tak reti nak marah orang
ada orang kuat makan
ada orang suka pentingkan diri sendiri
ada orang rasa apa yang dia buat semua betul
ada orang fikir mak ayah dan famili sebelum buat apa2 keputusan
ada orang suka menyindir
ada orang selesa menyendiri
ada orang tak boleh terima pendapat orang lain
 
 
walau apa pun sikap,perangai ataupun tabiat seseorang itu, itulah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. saling melengkapi antara satu sama lain. saling berhubungan antara satu sama lain.
 
yang pemarah berkawan dengan yang pemaaf
yang keras hati berkawan dengan yang mesra alam
yang sukar ditegur berkawan dengan yang suka menegur
 
apa pun kelebihan ataupun kekurangan seseorang, kita sebagai manusia yang juga mempunyai kekurangan tersendiri belajarlah untuk menerima orang lain. layakkah kita melabelkan orang tu macam ni orang tu macam ni. sedangkan kita???sempurna sangatkah kita???
 
Nota hati:
  • saya bukan pengarang novel
  • rindu adik yang sorang itu
  • sukar meluahkan dengan kata-kata..teeeeeeetttttttt...
  • check balik~

kembali seperti zaman dulu-dulu

ENTRI 1

1330 Pusat Kesihatan UTM

Baru sahaja tiba di Pusat kesihatan. Berhajat untuk berjumpa doktor. Suara sudah beberapa hari dipinjam oleh Ella, ratu rock Malaysia. Mungkin kerana sudah 2 malam tidur didalam takungan tasik. Tangan pula ditumbuhi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi kecewa. Tutup. Hari ahad die buka separuh hari sahaja. 8.30 pg-1.00ptg. Tak dapat nak menunaikan impian kawan yang meminta kirim salam kat nurse comel. Maaf.

1400 Baru lepas traffic light depan Chow Praya (camni ek eja die?) 

Dua orang abang pakcik polis berbaju putih melambai-lambai tangan menunjukkan isyarat suruh berhenti. Minta lesen. Pemandu dengan berbesar hati mengeluarkan lesen sambil tersenyum. Yela. Mentang-mentang dah ada lesen motor. haha. Saya?mungkin lesen yang ada kepak. Boleh terbang. Masih belum dapat kepastian. Mereka berloya buruk sebentar. Kami hanya mampu tersenyum. Perjalanan diteruskan.

1415 Giant U Mall

Menghilangkan kekecewaan untuk ke Pusat Kesihatan dengan membeli membelah. Sudah set dikepala. Bila tension perlu makan banyak. Ok. Harini ni nak masak. Sudah berbulan-bulan dapur tidak berasap. Kalau dah ada laki sure dia carik lain. Hikhik. Terus menuju ke tempat troli. Terasa memandu kereta pulak nak beli barang banyak-banyak ni. Ok azam sem depan nak cari pakwe yang berkereta. haha. TIPU! Tukar la. Nak cari suami dah ada kereta la..Dah 22 tahun dah boely ar ni.Mak 22 tahun dah anak 2 dah..*MEREPEK! * Tiba di tempat makanan. Memborong makanan sesuka hati. Perlu beringat membawa motor ego-s sahaja. Lebih2 boleh letak barang dekat kaki ayam sekilo dua. Terus memburu makanan yang penting-penting.

barang yang diborong dalam satu resit : RM 96.41

bila stress selain makan, pakai benda alah ni,

french lavender oil to calm and soothe away stress

ok. Duit dah habis. Bila time study week nanti hari-hari makan nasi jasmine super 5 berlauk milo. Masak lauk Honey Stars pun sedap jugak kan. Honey Stars, stars from the universe~

ENTRI 2

HIDUP INI BAGAIKAN RODA
KATA-KATA YANG SELALU DIUNGKAPKAN OLEH RUMET SAYA

Ya memang betul. Hidup ini bagaikan roda. kadang-kadang kita berada di atas. Kadang-kadang kita berada di bawah. Bila kita berada di atas. Kita berada di zon selesa. Sentiasa tersenyum sentiasa gembira. Kita hanya dapat ketawa atas kesusahan orang lain. Kita hanya fikirkan diri kita. Asal kita bahagia, kita senang hati, kita dapat apa yang kita nak. Ok. Sudah. Tak perlu nak fikirkan perkara lain. Pengorbanan yang orang lain lakukan tidak memberi makna kepada kita.

Apabila kita berada di bawah. Baru kita sedar tinggi ke rendah langit yang Allah ciptakan ini. Bila semuanya dah kena batang hidung sendiri baru kita nak menangis. Menangis tak berlagu. Tidur berendamkan air mata. Baru teringat masa kita berada di atas, tak kesah pun tentang orang lain yang berada di bawah. Pelik kan manusia ni.

Hidup ini sentiasa berubah dan akan berterusan. Jika hari ini kita gembira. Esok lusa belum tahu kegembiraan dan kebahagiaan itu akan kekal selamanya. Bila kita sakitkan hati orang lain. Esok-esok orang lain akan sakitkan hati kita pulak. Bila hari ini kita tolong orang lain, esok-esok mesti akan ada ganjaran yang Allah bagi pada kita. 

Kadang-kadang bila kita hidup seorang diri, kita tengok orang lain bahagia dengan hidup mereka. Dengan sahabat, keluarga dan orang-orang tersayang. Tapi bila kita ada orang kita sayang, sahabat dan keluarga kadang-kadang kita rasa baik aku hidup kat dunia ni sorang-sorang je. Semua orang nak sakitkan hati aku!

Orang yang kita selalu gaduh, selalu kita benci boleh menjadi sahabat baik kita dan tak mustahil orang yang kita sayang, kita percaya selalu menikam belakang kita tanpa kita sedar. 

Itulah lumrah hidup manusia. Manusia yang yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Manusia yang tak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang diberikanNya. Manusia yang selalu alpa dan lalai. Manusia yang mempunyai seribu satu kelemahan.

Bila kita rasa lemah. Tak kuat. Adakah kita akan terus berada disitu?? Tepuk dada tanyalah iman. Dimana sebenarnya arah hidup kita. Apa sebenarnya matlamat hidup kita.

Kata Umar Al-Khatab
"Tidak akan timbul rasa gundah gulana walau sekali jika kamu tahu apa sebenarnya yang kamu cari"

Wahai hati-hati yang gundah gulana
Bersabarlah
Walaupun sukar
Tetaplah engkau bersabar
Carilah cahaya yang sebenar
Dalam hidupmu

SEKEPING ORANG BERKATA-KATA...

Buat dirimu dan diriku...............
Walaupun sukar untuk meluahkan segala-galanya
Dengan lisan mahupun tulisan
Tapi apa yang pasti
Kekecewaan itu masih segar
Tidak mampu untuk pudar
di hati ini
Walaupun ku cuba memujuk
berkali-kali
seperti dulu
Namun ia tetap seperti itu
Masih bersinar kekecewaan 
Aku yang sedang bersedih
Bersedih atas kelemahan diri sendiri
Yang tidak mampu untuk thabat
Thabat di jalan itu
Maaf kan aku
Aku tahu
Matlamat kita sama
Cuma mungkin
Pendekatan kita berbeza
Kamu dengan duniamu
Aku dengan cara hidupku
Seorang wanita yang penuh beremosi

.......

menu hari ini : bubur lambuk bertatah sosej~

Upin & Ipin yang berkepala BESAR!

HARTINY BINTI RUNA...

Dulu kata nak jadi transformers. Bila?
Dulu kata nak jadi kuat macam badang. Bila?
Dulu kata nak jadi cantik. Bila?
Dulu nk jadi Upin dan Ipin. Bila?
Dulu kata nak jadi itulah, inilah..BILA???
Betul kata Fatin. Perlu masuk Pusat Pemulihan Akhlak ni!!

ole2 dari ayer hitam yang berkepala besar..sayang nak bukak..yg botak itu kawan saya punye..he~


Alhamdulillah. Umur dah semakin bertambah. Semakin dekat dengan ketentuan itu.

dari mak usu..


nota hati :
  • kepada kawan saya yg suka ckp saya gedik.. terima kasih..awak lebih memahami..bile nk cite??masih menunggu..
  • sori cakap kamu botak..hehe..baka daripada ayah no.2 (cite lame)..ayah no 1??
  • sudah penat dgn awak..terpulang la pada awak..saya tidak akan berharap apa2 lagi..muktamad!
  • terima kasih kepada kawan2 yang sanggup melayan kerenah saya..maaf menghampakan dan menyusahkan kalian..

erti sebuah tangisan

Salam ukhwah semua~

Apakah erti tangisan buat diri anda?
 kesedihan?kelukaan?melepaskan perasaan?terharu?sekadar hobi?menarik perhatian?gembira?kecewa?


ada air mata dipipinya~

Persepsi orang lain :
Ada orang yang kata" Alah ko ni..sikit2 nak nangis..benda kecik pn nak nangis" - akan di label gedik
Lelaki : sejenis spesis manusia yang sgt sukar mengeluarkan air mata - akan dilabel ego
menangis sebab gaduh dengan pakwe..mengadu dgn kawan - akan diejek padan muka kau!
menangis kerana kehilangan orang yang tersayang - akan mendapat simpati orang ramai
menangis berseorangan di bilik air - menjadi tanda tanya
wanita yang menangis - satu kelemahan

Melihat persepsi2 ini.kadang2 membuatkan diri ini terfikir, menangis salah, tak nangis pun salah.

Dalam satu ceramah, yang bertajuk : Antara Wanita, Cinta dan Air Mata yang disampaikan oleh Ustazah Naemah, beliau menegaskan bahawa wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan air mata. Dimana ada insan yang bergelar wanita, disitu jugalah ada air matanya..

Sesetengah manusia khususnya wanita berfikir mengatakan bahawa air mata adalah satu kelemahan, menunjukkan kekalahan. Namun  seharusnya wanita menjadikan air mata itu satu kekuatan, sebagai satu azam baru untuk melakukan perubahan. Air mata yang ditiskan perlulah bernilai, bukan dibazirkan dengan perkara yang sia-sia.

Ada sejenis manusia yang bernama lelaki berasa bangga jika mampu membuat seorang perempuan itu menangis, ada pula sejenis yang akan rasa bersalah jika buat perempuan itu menangis, ada juga yang tidak ambil peduli, ada juga yang akan lemah apabila melihat tangisan itu.



Buat diri sendiri  mereka yang sangat mudah mengalirkan air mata...
Sedarlah..
Setiap titisan air mata itu sangat berharga
Jangan kau bazirkan dengan perkara yang sia-sia
Lahirkan kan lah ia ketika dalam sujudmu
Di sepertiga malam
Mengadulah segala-galanya kepadaNya
Kerana Dia tidak akan pernah mengecewakanmu
Seperti orang-orang disekelilingmu
Sesungguhnya itu lebih bermakna dari segalanya..

Buat diri sendiri  mereka yang sukar mengawal emosi..
Tenangkanlah hatimu
Tanangkanlah jiwamu
Dengan membaca ayat-ayatNya 
Bersihkan lah wajahmu dengan Wudu' kelak kau aka mendapat ketenangan...

Terjumpa ini kat incik google..

Sometimes when I'm alone
I cry because I'm on my own
The tears I cry are warm
They follow with life but take no form
I've cry because my heart is torn
And I find it difficult to carry on
If I had an ear to carry on
but who do you know that stops that long
to help another carry on
the world moves fast and it would rather pass U by
Than to stop and see what makes U cry
It's painful and sad and sometimes I cry
And no one cares about why


Nota kaki :
Buat awak yang selalu buat saya menangis..buat saya tersentuh hati..buat saya terasa..buat saya gembira..terima kasih..saya sayang awak!


dapat idea buat entri ini hasil mebaca blog cik mardiah~



gentlenya kamu!



Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Ini bukan saya yang tulis...Copy dari sini

oh encik stokin!

Salam ukhwah buat semua~

Ingin berkongsi sedikit cerita tentang encik  STOKIN





wah..kucing pn pandai pakai stokin!comel kan saya


video ini bukan hanya sekadar stokin semata-mata





pakai jilbab/tudung itu tak wajib..
tapi tutup rambut itu yang wajib
pakai stokin itu tak wajib
tapi tutup kaki itu yang wajib
pakai apa2 apa pun tak wajib
tapi menutup aurat itu yang wajib



p/s: sebagai peringatan kepada manusia dan diri sendiri yang sentiasa terlupa~

Doa ketika terlupa:
Subhabna man laa yashuu walaa yanaamu
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur."







solat & haid = perkara yang selalu dipandang ringan


Bismillahirrahmanirrahim..

Diharapkan entri kali ini dapat membantu sahabat2 wanita yang belum tahu ttgnya..

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan 
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... 
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti  dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 
HURAIAN MASALAH : 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. 
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : 
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! 

Akhwat Sejati

AKHWAT SEJATI.......


Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada wajahnya yang manis dan menawan, tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang-orang disekitarnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamirkan kepada sesiapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalamberghadul bashar(menundukkan pandangan) dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan dan ghibah dan namimah. pantang baginya membuka aib saudaranya. dia yang sentiasa memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak tanduknya.

Akhwat sejati bukanlah dilihat drpd liuk gemalainya ketika dia berjalan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, dimana dirinya berada. Tak ada pembendaharaan kata "cemburu buta" dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada seorang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar diwajahnya. Sifat tawadu' adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang di tempat kerja (wajihah dakwah). tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan dimanapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti Jannati (rumahku syurgaku) selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Totalis dalam menyokong dakwah suami dan berderma bakti mengurus generasi penerus yang berjiwa Rabbani.

Akhwat sejati bukanlah dilhat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasullullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang shubhat terlebih hal-hal yang yang diharamkanNya. Akhwat sejati bukanlah banyaknya air mata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang yang melesat tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala sendirian.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dia hafal, tetapi daripada keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan as-Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandangnya serta luasnya wawasan atau lincahnya dia bergerak, tetai tingginya ghairah untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. Menjadi akhawat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu....

Menjadi Akhwat sejati,

Seperti yang dicontohkan oleh Khadijah, Aishah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah, Fatimah Az Zahra dan para sahabiah radiyallahu'anha ajmain....

Dipetik dari : Engkau Memang Cantik

Nota di kaki blog :
1) Adakah anda tahu akhwat itu apa?
2) Saya belum lagi jadi cam gini..bnyak nya yg bukan dilihat drpd je
3) Saya letak sebab sy suka ayat dia. Memang mkn dlm (bak kate rumet sy)
4) Penat kena type sbb x ley copy paste dari buku
5) Dah habis dah. jgn tekan bawah lagi

salah kah aku??


Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali...aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta...namun apa yang boleh aku buat?dia telah jatuh cinta…………apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta??aku mencongak kata2 yang bakal ku susun…agar dia tidak menyalahi erti cinta..





Apakah cinta yang sebenarnya??bagaimana islam memandang cinta..??bagaimana pula jika cinta menghampiri kita??..........


Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih..cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu....

Islam memandang cinta dalam 3 perspektif..:

1) menyintainya kerana ALLAH swt...(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat, mengikuti sunah nabi)
2) cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) cinta yang mubah (cinta xsengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan ’cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci....

ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka....

dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:

”tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa nikah???!!!tidak mungkin....sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah..
Dalam surah al-isra:32

 ”janganlah kalian mendekati zina............”

Ah takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina???bingung juga....

Sabda nabi..

”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.................”

sahabatku kau seorang remaja muslim yang baik tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,,mampukah sahabat tidak berdalih lagi??

Bagi sahabat2ku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat...tahanlah dirimu dari hal2 yng dilarang agama seperti mengelamun, berangan2 membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.............

Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan..:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.......


boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah.................alan..gkah baiknya ALLAH sanggupkah kita menkhianatinNYA?bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini?tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai??



Rasulullah bersabda:

”tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”.......

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti?kekasih kah??tentu tidak.oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. insyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti..insyaALLAH....

Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah......demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman....insyaALLAH..................................

nota 1 : terima kasih atas perkongsian dari sini
nota 2 : buat renungan bersama
nota 3 : maaf atas kekhilafan dan kelalaian diri
nota 4 : sila cuci hati..lihat sini

p/s : tiada cinta yang lebih agung selain cintaNya

Surat Cinta Buat Dirinya

Kehadapan sahabatku yg dikasihi~


Diharapkan dengan kehadiran surat ini tidak akan menyebabkan dirimu marah, menyebabkan dirimu berubah. Kekalkanlah untuk menjadi dirimu yang dulu, yang berpegang teguh kepada prinsipmu mengutamakan apa yang lebih penting meninggalkan perkara-perkara yang lagha.

Sahabatku yang disayangi~

Kehadiran surat yang penuh dengan kasih sayang kepadamu ini, hanyalah untuk menegur kesalahan yang telah kamu lakukan. Mungkin sibuk dengan urusan duniawi, dirimu yang dulu telah berubah. Mencintai dunia melebihi segalanya. Walaupun hanya sekejap cuma, tetapi ketahuilah wahai sahabatku, ianya bakal merosakkan dirimu.

Kekasihku~

Aku begitu terasa dengan perubahan drastik dalam dirimu. Aku sangat terasa akan kehilanganmu. Kehilangan seorang sahabat yang amat aku sayangi. Seorang sahabat yang amat aku kasihi. Seorang sahabat yang menjadi tempat rujukanku. Seorang sahabat yang menjadi idolaku. Dimanakah dirimu yang dahulu?? Aku rindu saat-saat manis denganmu.

Wahai Sayangku~

Kembalilah kamu kepadaku. Kembalilah menjadi pendampingku. Kembalilah menjadi dirimu yang dahulu. Mungkin kelalaiku juga menyebabkan dirimu jadi begini. Maafkan aku wahai sayangku. Aku berjanji akan menjadi orang yang selalu mengambil berat terhadapmu, yang peka akan perubahan dirimu.

nota 1 : ini bukan surat cinta
nota 2: ini bukan untuk awak
nota 3: nyah ikhtilat..sila beri kekuatan dan tunjuk ajar
nota 4: ridukan sahabat yang ini

p/s: semoga diriku istiqimah dan sentiasa diberi kekuatan..amin~

saya hendak berdakwah..boleh??

sumber : saya amik dari sini


penulis :hilal asyraf



----------------------------------------

Ada orang rasa diri dia tidak berguna untuk Islam.

“Saya ni bukannya hebat sangat. Ilmu tak ada. Nak cakap fasal Islam tak boleh sangat.”

“Saya ni bukannya petah berbicara. Nak cakap dengan orang tak reti. Nak dakwah lagi lah.”

Dakwah. Satu perkataan popular yang asalnya dari perkataan da’a di dalam bahasa arab. Da’a bermaksud seru manakala dakwah adalah seruan. Biasanya, apabila disebut dakwah, kita akan mengaitkannya dengan seruan kepada Islam.

Kalau ditanyakan kepada saya, siapakah yang layak berdakwah, maka saya akan katakan semua orang islam. Apakah hanya untuk orang berilmu sahaja? Tidak. Saya akan katakan kepada semua. Hakikat dakwah adalah wajib sebenarnya.

Tetapi persoalan yang sering dibangkitkan selepas itu adalah: “Tidak punya ilmu, tidak petah berbicara, tidak hafal Al-Quran banyak, tidak sekolah agama dan bla-bla-bla.”

Ok. Stop.

Saya rasa kita kena ubah sesuatu di dalam diri kita.

Kita kena faham bahawa, kita semua boleh berdakwah.


Kewajipan dakwah.

Dakwah adalah wajib. Sesiapa yang mnyatakan tugasan dakwah telah terhenti apabila Rasulullah SAW telah wafat maka itu adalah kesilapan. Hal ini kerana, di dalam Al-Quran jelas telah menyatakan bahawa dakwah merupakan wajib kepada semua.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.”Surah Al-Baqarah ayat 140.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia (Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.” Surah Ali-Imran ayat 110.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” Hadith riwayat Bukhari.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu.” Surah As-Saff ayat 10-11.

Di sini kita dapat melihat betapa Allah SWT tidak mengarahkan dakwah itu hanya kepada Rasulullah SAW semata-mata. Tetapi juga kepada ummat Islam yang beriman lainnya. Terdapat pula isyarat-isyarat lain akan kewajipan dakwah ini kepada semua apabila Rasulullah SAW menghantar utusan-utusan da’ienya ke serata tempat. Apabila Abu Bakr RA tetap meneruskan usaha-usaha dakwah walaupun kewafatan Rasulullah SAW dan begitulah juga khalifah seterusnya.

Jika benar dakwah hanya untuk Rasul sahaja, maka Rasulullah tidak akan menghantar utusan, dan sahabat-sahabat sepatutnya berhenti menyebarkan Islam.

Maka, ketahuilah di sini bahawa, saya, anda, dan saudara-saudara kita di dalam Islam yang lain itu semuanya mempunyai tanggungjawab dalam menyebarkan Islam ini.

Habis, macam mana saya hendak berdakwah?

Soalan itu pun muncul. Bila sudah tahu tanggungjawab, maka kita akan mencari cara bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawab. Ini bagi mereka yang baik hatinya, suci jiwanya. Rasa tanggungjawab itu akan memberat di pundak hingga mereka berusaha untuk mengerjakannya.

Tetapi bagi yang jiwanya diselimuti hawa nafsu, mungkin dia merasakan ini semua tidak perlu. “Aku peduli apa.” Mungkin.

Jadi, macam mana hendak berdakwah?

Satu perkara yang perlu disedari adalah, dakwah ini luas medannya. Jika di dalam buku usul dakwah saya, ringkasan yang dibuat oleh Dr ‘Adnan Khutotobeh daripada buku Usul Dakwah karangan Dr Abdul Karim Zaidan, ternyata jalan-jalan untuk melaksanakan dakwah itu melebihi puluhan.

Maka soalan pertama yang perlu ditanya, apakah yang kita ada?

Ya. Apa yang anda ada?

Anda pandai menulis? Maka gunakan penulisan anda untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT.

Anda pandai berbicara? Maka gunakan kepetahan anda untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT.

Anda pengarah filem? Maka gunakan kelebihan anda untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT.

Anda seorang guru? Maka gunakan peluang pekerjaan anda untuk mengajak murid-murid serta rakan sekerja untuk kembali kepada Allah SWT.

Anda seorang pensyarah? Maka gunakan peluang di dalam kuliah anda untuk mengasimilasikan pengajian anda dengan mengembalikan manusia kepada Allah SWT.

Anda seorang doktor? Maka sambungkan harapan pesakit-pesakit anda kepada Allah SWT.

Begitulah. Apa sahaja abiliti, kelebihan, yang kita punyai, kita gunakannya sebagai peluang untuk menyebarkan agama Allah dengan lebih luas lagi.

Masalahnya saya tidak punya apa-apa. Saya orang biasa sahaja.

Masalah timbul adalah apabila kita tidak mempunyai abiliti seperti berani bercakap dan mempunyai kebolehan seperti menulis dan sebagainya.

Tetapi sebenarnya ini bukan masalah pun.

Dakwah tetap wajib kepada anda.

Bagaimana?

Paling kurang dengan akhlak. Yang ini, semua orang pun kena buat. Ya, akhlak. Itu juga adalah dakwah. Anda tidak pandai bercakap? Tak mengapa. Anda tidak mempunyai kelebihan apa-apa? Tak mengapa.

Binalah akhlak anda. Itu satu dakwah hakikatnya.

Mengapa? Sebab akhlak adalah apa yang manusia pandang. Hakikatnya, akhlak adalah perkara yang paling basic. Pendakwah yang pandai cakap pompang pomping pun, kalau akhlak tak ada, tetap tak berguna juga.

Anda pensyarah tetapi segan nak cakap fasal Islam? Maka tunjukkan akhlak yang baik.

Anda jurutera, tetapi tak tahu nak sebar Islam macam mana? Maka tunjukkan akhlak yang baik.

Anda guru, tetapi tak tahu hendak mengajak anak murid kepada Islam bagaimana? Maka tunjukkan akhlak yang baik.

Anda seorang ahli keluarga, tetapi mati akal hendak mengajak keluarga kepada Islam? Maka tunjukkan akhlak yang baik.

Begitulah.

Akhlak ini yang anda perlu perhatikan. Anda boleh berdakwah melaluinya. Tunjukkan syakhsiah muslim muslimah anda. Tepati janji, tepati waktu, bicara yang baik, pakaian yang sopan dan kemas, amanah dan jujur, baik hati dan mengambil berat, ziarah dan memberikan hadiah, sentiasa senyum dan sentiasa berusaha meringankan masalah orang.

Ini juga adalah satu dakwah.

Tidakkah anda memerhatikan? Mudah bukan? Bahkan ia adalah antara cara dakwah yang paling berkesan. Kita semua tahu bahawa manusia suka orang yang berakhlak. Professor hebat macam mana pun, kalau tak ada akhlak, kita pun benci.

Maka jika kita memahami bahawa dakwah itu wajib, wajiblah bagi kita menjaga akhlak kita. Hal ini kerana, keburukan akhlak kita adalah palitan lumpur kepada Islam itu sendiri. Bukankah kita telah berdosa?

Tak ada alasan bukan? Apakah berakhlak pun memerlukan abiliti atau kelebihan tertentu?

Saya tidak rasa begitu.

Penutup: Bertebaranlah di muka bumi, dan serulah manusia.

Di sinilah kecantikan Islam. Mudah. Semua orang boleh buat. Semua orang boleh aplikasi. Tambahan, Islam tidak bergerak secara sendiri-sendiri. Ia bergerak secara jama’i. Bukanlah Rasulullah sahaja perlu berdakwah, ummat baginda juga perlu. Jika tidak, baginda tidak akan menghantar Mus’ab bin Umair RA ke Madinah, baginda tidak akan menghantar Mu’adz bin Jabal ke Yaman. Baginda tidak akan menghantar 80 sahabat yang akhirnya mati di dalam peristiwa Bir Al-Ma’unah.

Paling kurang dengan akhlak. Itulah peranan kita.

Yang ada kepetahan berbicara, yang ada kelebihan menulis, yang mampu menonjol ke hadapan, yang boleh memimpin, yang mampu mengaut ilmu lebih tinggi, semua ada tugasan masing-masing dan tanggungjawab menggunakan abiliti mereka untuk Islam.

Tetapi tetap orang yang tidak mempunyai kelebihan-kelebihan itu, mempunyai peranannya juga. Bayangkan ya, pendakwah pompang pomping cakap Islam itu bagus, Islam itu cara hidup yang sebenar, tetapi ada ummat Islam yang rogol bukan Islam. Bagaimana? Tidakkah itu mencacatkan?

Maka di sini kita perlu faham betapa kita juga berperanan.

Akhlak adalah dakwah.

Jangan kata anda tidak boleh berdakwah.

Binalah akhlak.

Itu tugasannya.


---------------------------------------

p/s: memperbaiki akhlak kita juga merupakan satu dakwah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...