Showing posts with label penconteng. Show all posts
Showing posts with label penconteng. Show all posts

nk pergi spa~

PROSES PENJAGAAN KULIT MUKA KINI BERMULA!!!

nota kaki :
  • saja nak merepek jap
  • jangan marah na
  • keje keje PSM menanti dengan melambaknya
  • x sabar nk habiskan semuanya...

tini..kenapa???

salam ukhwah~
Dah lama x update blog kan....kesibukan melanda sejak akhir-akhir ini...
tp soklan yg bertubi-tubi pagi tadi menyebabkan timbul idea untuk update..
layan~


sahabat 1 : tini puasa ke??Nape muka tini pucat??
sahabat 2 : smlm mak tini datang ea??kami nmpak mak tini kat simpang kluar KTDI...
sahabat 3 : nape kaki tini??
sahabat 4 : hartiny...cmne kite nk lawan badminton sabtu ni??

Beberapa hari sebelum hari ini...
Kumpulan 1 telah berentap melawan kumpulan 2 bermain futsal. Keputusan pengadil adalah muktamat. Kumpulan 1 telah menjuarai perlawanan persahabatan tersebut, dengan menjaringkan kemenangan 5-1.

Beberapa anugerah telah disampaikan kepada peserta-peserta terbaik. Antaranya:
Anugerah pemain paling banyak kena bola : Amalina
Anugerah penentang bola paling kencang : Kak Long
Anugerah penjaga gol terbaik : Rozzy
Anugerah pemain paling bnyk 'out' kan bola : Dayah
dan pelbagai lagi anugerah sampingan yang lain..

Disebalik kemenangan itu. kaki ini telah tercedera. Kerana kami bermain dengan penuh semangat sehingga kan..bukan bola yang disepak..tetapi kaki yang tersepak...

Kaki oh kaki..kenapa kamu cepat cedera..kamu sudah tidak kuat lagi..sejak kamu telah tercedera ketika masa junior dahulu..tidak boleh jalan selama berminggu-minggu..sejak itu..kamu selalu cedera..bila jatuh sikit..kamu sudah tidak boleh menahan kesakitan itu...reseptor sakit pada kamu sangat sensitif...menyebabkan ia menghantarkan impuls pada otak dan merangsang air kelenjar air mata untuk mengalir...Dan kamu kaki..akan betukar warna menjadi kebiru-biruan...dan berusaha untuk membesar..melebihi saiz yang asalnya...oh kaki..mampukah kamu bertahan lagi..maaf kan saya sebab tidak menjaga kamu dengan baik...dan akan pasti..peristiwa sebegini akan berulang kembali...sebab kamu sudah tidak kuat lagi...

pesanan doktor merangkap penasihat dan pendengar setia :
- tidak boleh main bola lagi..bola adalah permainan lelaki..(mak..dulu kecik2 akak men bola je..sebab abg ngn adik ajak men bola...nak wat cmne..sebab diorg dah teman akak men masak2..kena la teman diorang men bola pulak..^^...)
- lepas dah abes palapes...jgn jadi askar lagi...(ayah mesti kecewa kan)
- jangan buat aktiviti yang lasak-lasak
- no more panjat gunung..(camne ni..gunung everest tak nek lagi..hikhik...macam la kuat kan..gunung kinabalu pn x lepas lg)

berbalik kepada soklan2 tadi..ini jawapannya..
soklan 1 : tini x puase..pucat ke??tidur tini diganggu oleh denyutan kaki dimalam hari..tidak nyenyak..sebab tu nmpak pucat..kot..tini pn x tau la..huhu..
soklan 2 : aah mak tini dtg..kerisauan melanda beliau..dia dtg melawat anak yang nakal ini...
soklan 3 : kaki tini injured...
soklan 4 : lupe pulak ad lawan badminton sabtu ni..insyaAllah..semoga tini cepat sembuh..boleh la kite lawan ye sakinah!mungkin ad harapan dpt no 3..hikhik..perasan~

renungan...
Surah An nisa..ayat 147...

"Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman?Dan Allah adalah 


Maha Mensyukuri, lagi Maha Mengetahui."


Manusia yang selalu lupa..dengan pemberian nikmat dan kesenangan yang diberikan olehNya..Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah..bila-bila sahaja Dia akan menarik nikmat yang telah diberikan..kerana sememangnya ia adalah hak milik mutlakNya..Mungkin ini adalah peringatan buat aku yang selalu terleka..Alhamdulillah...

nota hujung kaki..
hujung minggu ni ad dinner kos...tema wedding..agak2 ad tak org buat tema wedding pakai pakaian pegi hospital??sebab nak balut kaki ni..ok x??

Rindu kuat-kuat!

salam ukhwah~


Cuti pertengahan semester sudah bermula. Sekali pakej dengan cuti raye cine. Selamat bercuti kepada sume kawan-kawan. Harap masa-masa yang terluang dapat dimanfaat kan perkara yang berfaedah. Semoga selamat kembali semula ke UTM dengan sempurna.

Saya hanya mampu menghabiskan sisa-sisa cuti di utm. huhu. Sedikit kecewa. Sepanjang cuti ni x dapat jumpa mak, ayah, yana ngn adik ijam.. Mak, ayah dan si budak gedik yana sudah berlepas ke penang melihat cucu tok mak dan tok ayah. Ijam yang degil itu x mau ikut sbb die x suka perjalanan yang jauh. nanti muntah-muntah. macam ibu mengandung 2 bulan. Jadi dia menjadi tumpangan dan ceraian di rumah cikyang. Rindu la kat mak,ayah,ngn yana nnt.. Mak ngah nak ikut jugak pegi penang!! Sudah rindu pada  Aisyah Humairah, umi dan walidnya juga..

aisyah..rindu mak ngah  x??

Sudah hampir sebulan kehilangan adik yang sorang ni..Ajid..x pernah berpisah dengan kamu..kamu juga x pernah berjauhan dari mak ngan ayah..sape nk tman akak g dating lg pasni??huhu..sori akak x sempat nk jmpe kamu sebelum kamu pergi aritu..Semoga kamu tabah ye disana..Dulu kecik-kecik mmg degil..x dgr cakap..alhamdulillah sekarang dah matang..pandai berfikir..mak kate bersyukur dapat anak macam kamu..Berusaha ye! ada masih 5 buln lagi baki untuk kamu berjuang..semoga kamu berjaya!Harap akak dapat jmpe kamu mase kamu passing out nanti..balong yg agak berisi jadi kurus kering pas 6 bulan..kamu jadi ape ye nanti??dah la mmg kurus..mungkin tinggal tulang dan kulit je kot..

maaf.. saya mmg poyo banyak..

Sepatutnya hari ini ada reunion sekolah..Classmate mse form 3..sudah bertahun2 x jumpa..lbey kurang 7 tahun kot!!Tp x dpt pegi..cuaca yang tidak mengizinkan..dan kekangan masa yang tidak membenarkan. Walaupun sudah merancang utk pergi..tetapi..masih bnyak halangan..Sangat2 rindu pada mereka..lagi-lagi kamu..cik fatin..maaf ye kecewakan kamu..Harap-harap masih diberi peluang utk jumpe mereka lagi..

ni mase form2 kot..x ramai laki..kelas arab..mmg la..
jgn carik tini yg mane!

Hujung minggu hadapan sepatutnya ada reunion bersama rumet2 di matrik..Harap-harap jadi..dayah..ju..zi..rindu sangat2 pada kalian..masa dimatrik dihabiskan sepenuhnya bersama kalian...Syakireen..join skali boleh x? rindu juga sama sahabat yang sorang ni...Syaz..kamu jauh le..x dpt tini jmpe kamu...

ingt mase ni kalian smbut birthday tini..
tini sampai nangis sbb malu semua org kt kfc nyanyi lagu birthday tuk tini..

Rindu juga pada yang seorang itu..Kuat-kuat. Bila dapat jumpa dengan kamu??

p/s:
  • mari meriahkan musim cuti dengan menyiapkan ANNOTATED BIBLIOGRAPHY tok PSM..chaiyok!
  • harap perancangan x seberapa berjalan dengan lancar
  • tiba-tiba rasa nk tulis : PEREMPUAN SANGAT MUDAH UNTUK MENUNJUKKAN KASIH SAYANG NYA KEPADA SESEORANG DENGAN KATA-KATA, PENGHARGAAN DAN AKAN DITUNJUKKAN KEPADA SEMUA ORANG. SEPERTI DIA MAHUKAN SATU DUNIA MENGETAHUINYA..itulah perempuan... LELAKI??BAGAIMANAKAH ANDA??
  • ukhwah itu indah jika LILLAHITAALA..
  • selalu merindui dan mengasihi manusia yang hanya berjasa dalam sebahagian dalam hidup kita. bagaimana pula dengan kasih sayang dan cinta kita kepada ALLAH dan RASULLULLAH??tepuk dada..tanyala iman..sihat kah iman kita?

saya buat sebab kamu buat~


salam~
sebenarnya dah lame dah buat test ni..lepas bace blog cik am..tp tunggu reply dr org tuh punye la lambat..rupenye diri sendiri x prasan email tu ad kat spam~huhu...ok..this is my result abang long..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT YANG DIBERIKAN
################################

NAMA             : Hartiny

TARIKH LAHIR     : 3 - 4 - 1989

JANTINA         : Perempuan

KETINGGIAN        : 153 cm

BERAT BADAN    : 48 Kg


ANALISIS UMUM
################################

NO. PERIBADI    : 7

ELEMEN         : Air

CIRI UTAMA     : Kawan

SINOPSIS         : Disukai kerana terikan pengikut namun cerewet dan suka berhujah.

TAFSIRAN UMUM  : Suka berhujah, cerewet, popular, tarik penyokong.

WARNA SESUAI     : Biru dan hitam.

STATUS BMI     : 21 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihatmelalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

PENYAKIT UMUM     : Buah pinggang, pundi kencing, kemandulan, pembuangan air kecil yang kerap. <br>


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
- Seorang yang bertuah. Semua halangan dapat diatasi, pemimpin diktator, ramai penyokong wanita. Penyokong anda akan membantu untuk mencapai kejayaan, penyokong menjadi rakan perniagaan. Penyokong/rakan anda akan membelakangi anda / disabotaj oleh penyokong anda. Penyokong akan datang dan pergi dengan mudah. 

Terlalu mudah mempercayai orang, mudah ditipu.  Suka bergerak sana sini, tidak suka duduk satu tempat. Sangat berdikari, tidak suka orang lain camputangan urusannya. Sukar percaya orang lain, sukar ada rakan niaga, mudah disabotaj. Rasa kesunyian dan sendirian. Sesuai menjadi agen/middleman. Dikelilingi lelaki. <br>Mempunyai daya tarikan yang tinggi, pelaris semulajadi. Mudah terbabit dengan cinta 3 segi, mudah disabotaj. Sesuai menjadi jurujual, agen pemasaran, ahli politik dan artis. Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj. Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. 


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, minuman, tenaga buruh, agensi pembantu rumah, makanan laut, perkapalan, loji janakuasa air, pakaian renang, agensi pelancongan, agensi insuran, pengurup wang,jual beli, pertunjukan kebudayaan, pengarang bebas, jurujual, peniaga gerai, penapis air, internet, ahli silap mata, stesyen TV, stesyen radio, penyampai berita, DJ, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, diplomat.

(KERJAYA TERBAIK)
Makanan, restoran, surat khabar, majalah, telekomunikasi, penerbangan, kargo, minyak dan gas, loji penjana tenaga, kabel janakuasa, bahan api, kosmetik, penjenamaan, perhubungan awam, pengiklanan, tenaga buruh, makanan segera, kantin, fesyen, pencahayaan, kedai serbanika, perhiasan pakaian, senjata, minuman panas, pereka, penulis, karyawan filem, jururawat, pengumpul dana, penyambut tetamu, ahli psikologi.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com





test2 mcm ni cam seswai letak gambar beliau je..
gambar sekadar hiasan..harap maklum

---------------------------------------------------------------------------------
Termenung jap bila baca..mungkin betul..mungkin tidak..hanya sekadar persediaan buat sendiri..ini adalah sekadar sistem yang dicipta oleh manusia..dan yang paling penting...Allah paling mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..kan..kan...^^,


kalian juga mungkin boleh cuba...kat sini..


nota di hujung kaki: oit aritu kate nk bg personality test tuk career research..mne die??lalalalalala

sweet~

salam..

tibe2 rase nk upload gambar ni...


boleh klik gambar utk tubesaran~

sesi menyelit :
- motif : sebab rase sweetnye..hehehehe..
- tau x ni sape??yang baju hijau tu pakwe lame saya..
- curi kat fb kakak berbaju kurung itu..
- orang kate sediakan payung sebelum hujan..walaupun hari panas terik..
- si budak botak..bila rambut kamu mau tumbuh??
- rindu mereka~



Petikan cerita Ketika Cinta Bertasbih :



"Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta.."
-Ayyatul Husna-


"Sekalipun cinta telah ku uraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika cita kudatangi
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri...


Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta..


Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
-Anna AlthaFunnisa-

ayat-ayat daripada KhairulAzzam yang diinspirasikan oleh Ibnu Athaillah :


"Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan. Dengar baik-baik ya perkataan Ibnu Athaillah, beliau mengatakan :

 

"la yukhriju asy syahwatan illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!" 


Ertinya, tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan ...hati, atau rasa rindu kepada ALLAH
yang membuat hati merana!"


the end..sudah Hartiny..sila sambung study..1 more paper to go! sila berjuang hingga titisan yang terakhir~

cerita pendek

ingatkan dah kenal
rupanya tidak lagi
masih terasa hati

bertenanglah
setenang air wajahmu
bersabarlah

mungkin kau sudah muak denganku
biarlah
aku dah cuba yang terbaik menjadi sahabatmu
aku sudah katakan semua yang ingin aku katakan
terpulanglah padamu
untuk menilai

kritik?
perli?
aku sudah lali dengan itu
aku hanya terima seadanya
terpulanglah padamu
dan terima kasih mengajar aku untuk menjadi kuat

geli?
menyampah?
aku tidak heran
asalkan kamu bahagia dengan caramu

aku selalu mencuba menerima mu seadanya
sentiasa memujuk hati jika terasa
perkara yang kecil tidak perlu untuk diperbesar-besarkan
dapat apa?

kesihatan yang tidak berapa mengizinkan 
membuatkan aku malas untuk berfikir ttg org lain
maaf jika ada yang terasa
hanya maaf yang mampu aku ucapkan
walaupun kau dah muak mendengarnya

dan ketahuilah
aku masih lagi sahabatmu
yang masih sedia menemanimu
hanya jika
kau perlukan ku lagi

p/s : hanya jauhari yang mengenal manikam..hanya yang memahami akan paham..hanya yang bijaksana dapat menilai.aku hanya insan biasa.. yang penuh dengan kekurangan..

rimas + lemas = menyampah

mooD : geram kuat-kuat!
saya sangat rimas dgn awak
SANGAT RIMAS!!
jangan kacau boleh tak??
tolongla faham..
macam mane lagi ye nk ckp bagi awk ni faham..
bahasa tamil??arab??ataupun bugis..
kang keluar kang..sepatah haram pn tak paham!!!
amek!! dh geram sgt ni..
Lau kat fb tuh..
sume benda ko nk komen..
sumenye ko nk like!
ish..
sudah la...
Lau remove frenz..Takut terasa hati pulak!
iskh..

nota 1 : yg lain x settle lg..bertambah lg..ades!
nota 2 : x mau tulis sudah!

P/s: Air mata yang telah terbazir itu tak cukup lagi ke utk menzahirkan apa yang tersirat didalam hati ini??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...