3 dalam 1

Salam ukhwah~

Masih sedang berusaha menyiapkan UNDERGRADUATE PROJECT I.. Tapi melihat rakan sekelas yang lain bersenang lenang kerana mereka tak perlu nak membanting tulang dan besengkang mata untuk menyiapkan kerana sedikit ataupun tak perlu nak tukar apa-apa pun first/second draft mereka. Cemburu dengan mereka tapi berbangga dengan diri sendiri kerana dapat supervisor yang sangat rajin dan sentiasa memberi tunjuk ajar. Mana yang lebih baik?? Supervisor yang tak kesah dengan projek kita ataupun supervisor yang sentiasa membetulkan kesalahan kita?? Be OPTIMIS Hartiny!

Dalam kesibukan membaca journal merangkap buku-buku sempena study week yang bakal menjelang, perlu MARATHON menghabiskan tiga buku ini juga!


3 buku yang berbeza..tapi kesemuanya menarik minat aku untuk membaca.

1) Tentang CINTA - ni buku seorang sahabat..terima kasih bagi pinjam..tapi..pulang lambat lagi ye..^^..

"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya." PAHROL MOHD JUOI

2) INDAHNYA PERJALANAN HIDUP FATIMAH AZ-ZAHRA - hadiah daripada seseorang sempena hari lahir yang lepas..terima kasih..sangat menghargainya..

Sesungguhnya dia adalah seorang
Bahagian yang suci dan diberkati
Seorang anak yang taat
Mujahidah yang penuh dengan kesabaran

Puteri siapakah dia?
Isteri Siapakah dia?
Ibu dari siapakah dia? 
DR MUHAMMAD ABDUH YAMANI

3) RAYYAN FANTASI - Baru tersedar..sem ni tak ada beli buku langsung untuk diri sendiri..jadi belilah..hehe..Kepada peminat novel cintan cintun.. Sori jangan pinjam novel dari saya sebab saya tak ada. Tak minat. Nak pinjam novel seram dengan Thriller ade la..HOHO..

Apa yang terfikir itu ada.. RAMLEE AWANG MURSHID

p/s : awak semua ni tak tahu ke saya ni ulat buku???hahhaha...tapi kalau buku akademik..buku  berulat la~


0 Response to "3 dalam 1"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...