sweet~

salam..

tibe2 rase nk upload gambar ni...


boleh klik gambar utk tubesaran~

sesi menyelit :
- motif : sebab rase sweetnye..hehehehe..
- tau x ni sape??yang baju hijau tu pakwe lame saya..
- curi kat fb kakak berbaju kurung itu..
- orang kate sediakan payung sebelum hujan..walaupun hari panas terik..
- si budak botak..bila rambut kamu mau tumbuh??
- rindu mereka~



Petikan cerita Ketika Cinta Bertasbih :



"Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta.."
-Ayyatul Husna-


"Sekalipun cinta telah ku uraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika cita kudatangi
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri...


Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta..


Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
-Anna AlthaFunnisa-

ayat-ayat daripada KhairulAzzam yang diinspirasikan oleh Ibnu Athaillah :


"Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan. Dengar baik-baik ya perkataan Ibnu Athaillah, beliau mengatakan :

 

"la yukhriju asy syahwatan illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!" 


Ertinya, tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan ...hati, atau rasa rindu kepada ALLAH
yang membuat hati merana!"


the end..sudah Hartiny..sila sambung study..1 more paper to go! sila berjuang hingga titisan yang terakhir~

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



sumber : Dr cinta punye belog

oh encik stokin!

Salam ukhwah buat semua~

Ingin berkongsi sedikit cerita tentang encik  STOKIN





wah..kucing pn pandai pakai stokin!comel kan saya


video ini bukan hanya sekadar stokin semata-mata





pakai jilbab/tudung itu tak wajib..
tapi tutup rambut itu yang wajib
pakai stokin itu tak wajib
tapi tutup kaki itu yang wajib
pakai apa2 apa pun tak wajib
tapi menutup aurat itu yang wajib



p/s: sebagai peringatan kepada manusia dan diri sendiri yang sentiasa terlupa~

Doa ketika terlupa:
Subhabna man laa yashuu walaa yanaamu
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur."







transformers

pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih~




Wahai hati yang sering berbolak balik
Tetaplah kamu disitu
Thabatlah kamu

Wahai hatiku yang mudah tersentuh
Kamu adalah temanku
Temanku yang mendidikku
Agar aku lakukan mengikut gerak langkahmu
Maka ketahuilah wahai hatiku
Kamu perlu kuat
Kamu perlu sentiasa berpakaian yang cantik dan suci
Agar kau selalu membimbingku

Wahai hatiku
Ikat lah ia dengan sahabat-sahabatmu
Yang bisa menasihatimu
Yang bisa menegurmu
Yang bisa menjagamu

Perubahan perlu dilakukan!

transformers best!

cerita pendek

ingatkan dah kenal
rupanya tidak lagi
masih terasa hati

bertenanglah
setenang air wajahmu
bersabarlah

mungkin kau sudah muak denganku
biarlah
aku dah cuba yang terbaik menjadi sahabatmu
aku sudah katakan semua yang ingin aku katakan
terpulanglah padamu
untuk menilai

kritik?
perli?
aku sudah lali dengan itu
aku hanya terima seadanya
terpulanglah padamu
dan terima kasih mengajar aku untuk menjadi kuat

geli?
menyampah?
aku tidak heran
asalkan kamu bahagia dengan caramu

aku selalu mencuba menerima mu seadanya
sentiasa memujuk hati jika terasa
perkara yang kecil tidak perlu untuk diperbesar-besarkan
dapat apa?

kesihatan yang tidak berapa mengizinkan 
membuatkan aku malas untuk berfikir ttg org lain
maaf jika ada yang terasa
hanya maaf yang mampu aku ucapkan
walaupun kau dah muak mendengarnya

dan ketahuilah
aku masih lagi sahabatmu
yang masih sedia menemanimu
hanya jika
kau perlukan ku lagi

p/s : hanya jauhari yang mengenal manikam..hanya yang memahami akan paham..hanya yang bijaksana dapat menilai.aku hanya insan biasa.. yang penuh dengan kekurangan..

menjawab tag azack setelah kemurungan menjawab exam~

Salam..
Panjang gitu tajuk~
Semenjak dua menjak ni..selalu wt entri yg nth pape tah..tp x pe la kan..xde org nk baca..
2 paper exam dah berlalu. Masih berbaki lagi 3. Sila tambah usaha anda!
Ok. mula menjawab tag kamu..azack..Sedia..Mula..


  1. Nama saya Hartiny Binti Runa
  2. Hartiny Nama Saya adalah nama saya kat facebook. oh. pening x?
  3. 3 April 1989 mak saya lahirkan saya dengan susah payah.(rujuk surah Luqman ayat 14 kt sini)
  4. Adik beradik 4 orang
  5. Lau tak ada 5 orang..Tapi adik yg kecil sekali meninggal sbb sakit.
  6. Dan dah bertambah jadi 6 sbb ada Yana. Aci x?
  7. Saya kuat makan. Maksudnya suka makan banyak kali. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Baru makan. Kejap lagi sudah lapar semula.
  8. Saya juga kuat nangis. Dan telah mempengaruhi rumet untuk kuat nangis juga. Dia yang dulu kental untuk mengalirkan air mata. Kini sangat mudah untuk mengalirkannya. Maaf rumet..Kamu kena kuat..Macam saya..hehehe~~
  9. Suka menegur(hanya kepada orang betul2 sudah memahami) dan sangat berharap untuk ditegur(oleh sesiapa). Berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri.
  10. Belum layak untuk sesiapa kerana masih banyak kelemahan dan kekurangan.
  11. Tidak suka memaksa dan tidak suka dipaksa.
  12. Selalu berusaha untuk menjadi sahabat yang baik. Mudah bersahabat dengan semua orang. 
  13. Agak boros. Tidak pandai menguruskan wang. Tidak layak menjadi Menteri Kewangan. Tetapi boleh menjadi Perdana Menteri. Kan?
  14. Ketika kecil berharap untuk menjadi Doktor. Ketika sekolah menengah berharap untuk menjadi Guru. Dan kini belajar dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Tetapi bila sudah tamat pengajian ingin menjadi Usahawan. Boleh tak..??
  15. Selalu diberi gelaran gedik oleh rakan sekeliling oleh kerana sikap yang sopan santun dan lemah lembut itu. Betul!!kenyataan ni..percayalah..
  16. Orang kampung tidak tahu akan kewujudan saya kerana jarang keluar rumah.
  17. Selalu keluar dating dengan adik yang dianggap teman lelaki oleh rakan-rakan beliau. 
  18. Malas belajar. Terutama subjek membaca. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah.
  19. Walaupun tak suka subjek membaca. Tetapi suka membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.maaf.sedikit mengikut skema jawapan.
  20. Suka aktiviti lasak. Tapi tak suka lari.
  21. Selalu terima apa yang ada. Tidak cerewet. Bak kate iela..tini kan 'layan je ar'.ini trademark.
  22. Penuh dengan kasih sayang. yeke? macam perasan sendiri je.
  23. Suka senyum. satu..dua..tiga!
  24. Bila tension, akan makan. Bila bosan, akan memasak.
  25. Tak suka baju warna kuning!
Ok. sudah siap 25 ini azack. Jadi mahu mentag mereka pula:

kekasih hati bantal peluk
kakak depan bilik
kawan sebelah katil
sm
sn


p/S: hanya orang lain yang boleh menilai diri kita. kadang-kadang kita tidak sedar apa yang dilakukan itu betul atau tidak. jadi sahabat yang baik amat diperlukan untuk menegur dan menjadi pendorong kita.
    "Antara kita sedar ataupun tidak, kita menjadi pengikut ataupun idola kepada orang lain. Apa sahaja yang kita lakukan akan dilihat oleh rakyat jelata disekeliling. Jika ianya baik, alhamdulillah kita memperolehi pahala kerana membantu orang lain juga untuk berbuat baik. Jika sebaliknya, maka berdosalah kita kerana mendorong orang lain juga untuk melakukan dosa"

    salam aidiladha











    rimas + lemas = menyampah

    mooD : geram kuat-kuat!
    saya sangat rimas dgn awak
    SANGAT RIMAS!!
    jangan kacau boleh tak??
    tolongla faham..
    macam mane lagi ye nk ckp bagi awk ni faham..
    bahasa tamil??arab??ataupun bugis..
    kang keluar kang..sepatah haram pn tak paham!!!
    amek!! dh geram sgt ni..
    Lau kat fb tuh..
    sume benda ko nk komen..
    sumenye ko nk like!
    ish..
    sudah la...
    Lau remove frenz..Takut terasa hati pulak!
    iskh..

    nota 1 : yg lain x settle lg..bertambah lg..ades!
    nota 2 : x mau tulis sudah!

    P/s: Air mata yang telah terbazir itu tak cukup lagi ke utk menzahirkan apa yang tersirat didalam hati ini??

    dari bakal suami buat bakal isteri

    Sekeping puisi buat mu...
    Sepanjang kehidupan ini
    Belum lagi ku temui
    Kebahgiaan yang kucari
    Masih Jauh dari sisi

    Ku berjalan tanpa henti
    Mencari sesuatu untuk dimiliki
    Sayangnya aku masih lagi mencari
    Bila bertemu belum pasti


    Sedang sibuk ku meneliti
    Tiba-tiba kau muncul disisi
    Membawa seribu erti
    Buat diri ini yang dalam sepi


    Kini awan mendung berlalu pergi
    Datang pula pelangi pembawa seri
    Semoga cahaya pelangi selalu disisi
    Menemani diriku dikala sepi





    Kawan- kawan sume dah nk kawin..wuwuwuwu...

    bismillahirrahmanirrahim..

    mood : kahwin





    Tajuk : Mahligai Kasih
    Munsyid : UNIC
    Duhai kasih cuba kau dengarkan
    Bisik hati penuh kejujuran
    Dengan sepenuh keikhlasan
    Ku dambakan pengertian

    Jangan kau dengar fitnah dunia
    Kerna ianya dusta semata
    Menghancurkan kesucian
    Jalinan kebahagiaan

    Sebenarnya aku merasa
    Sinar cahaya yang gemilang
    Ketika kau beriku harapan

    Dan sering aku harapkan
    Cinta berlandas keimanan
    Dan kasih suci kita kan diberkati

    C/o:
    Ku cuba sedaya
    Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
    Kerna pasti aku
    Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

    Tuhan berikanlah
    Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
    Bersama mengharapkan
    Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..

    nota 1: ni kawan yg bagi..suh share..tgk  share betul2 ni..mesti dia x caye..^^,
    nota 2: semua kawan-kawan semangat nk kahwin awal sbb dah ad perangsang dan  contoh terdekat yang dah kawin awal
    nota 3:  nak kahwin jugak..mak boleh x??(macam la mak dengar)
    nota 4 : Cinta pada Pencipta x settle lagi la..cane nk bercinta ngn manusia plak..(kata kawan saya)..Betul2.. sokong kamu!!
    nota 5 : Baru tau..seorang sahabat telah bertunang..padahal dh lame dah die bertunang..tahniah utk mereka..
    nota 6 : Nak tahu x..sebenarnya abang  sgt menggalakkan  utk kahwin awal..tp.....
    nota 7 : Kakak shy nk kahwin cuti sem nanti..Jemputla datang...
    nota 8 : Banyak pula nota harini...

    p/s : tekan sini..(ni pn kawan jugak yg bg..nape mereka suka share bnda2 cmni dgn saya??mmg suh saya kahwin awal juga ke..huhuhu..)

    hp masuk lubang jamban~

    Salam..

    Mohon maaf entri yg tidak memberi manfaat langsung...
    Emosi kurang stabil..
    Saya off hp..
    Jangan ganggu saya lagi..
    Ok..
    Sila paham..
    Kepada kawan-kawan yang lain..
    Maaf sangat2..
    Lagipun rasenye saya tidak perlukan oleh sesiapa sekarang ni..
    So x pe kan x on hp..
    Jika penting..ym ad..skype ad..facebook ad..google talk pn ad..
    Masih available dan aktif..
    OK..
    Maaf Zahir Batin..

    semangat yang hilang

    Salam sahabat2 sekalian...Macam mana dengan persiapan utk menghadapi ujian yang bermula pada hari esok?Dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat berjuang kepada sahabat-sahabat sekalian..Semoga urusan kalian sentiasa dipermudahkan olehNya..Maaf atas segala kelemahan diri..dan sentiasa berusaha untuk memaafkan kesalahan orang lain..


    Di kala sibuk study, sibuk dengan urusan duniawi, sibuk dengan urusan ummah, kadang-kadang kita terasa sangat lemah. Sentiasa berputus harapan. Bersabarlah dengan dugaan, (memujuk diri sendiri)..

    Terjumpa lagu yang mungkin perlu dihayati oleh sahabat2 sekalian..Daripada seorang ukhti..Kak Najlaa..Tini curik ye playlist akak..hehehe..Lagu ni dah lama..Cuma mungkin kurang popularitinya..Moga semangat yang telah hilang untuk study dan sebagainya kembali semula..InsyaAllah..Selamat menghayatinya...

    p/s:

    • Jika ia hilang..kembalilah meminta kepadaNya..
    • Playlist ad kat bawah sekali.Boleh la lau nk replay..
    • Better pakai earphone/headphone dsb..nnt ganggu orang lain nk study pulak...hehehe..=)

    Langkah Tercipta - Unic



    Semalam aku kelukaan,
    kecewa kehampaan,
    mencalar ketabahan,
    mimpi yang sering ku harapkan,
    menjadi kenyataan,
    namun tak kesampaian.

    Allah…
    Inginku hentikan langkah ini,
    bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
    semangat tenggelam,
    lemah daya,
    haruskah aku mengalah,
    namun jiwaku berbisik,
    inilah dugaan.

    Dan langkahku kini terbuka,
    pada hikmah dugaan,
    uji keimanan (menguji keimanan),
    tak dilontarkanNya ujian,
    di luar kekuatan,
    setiap diri insan.

    Allah…
    Pimpinlah diriku,
    tuk bangkit semula,
    meneruskan langkah,
    perjuangan ini,
    cekalkan hati dan semangatku,
    kurniakan ketabahan,
    agar mimpi jadi nyata,
    padaMu ku meminta.


    saya nak!!

    bismillahirrahmanirrahim...

    Senarai2 yang sy teringin ketika musim2 exam ni:

    1) bowling
    last main : gerak kerja open kolej ngn ajk2 yg dh kepenatan bekerja
    suhaizie yang belanja..seronok
    pertama kali dalam sejarah dunia sy g maen bowling pakai jubah!!caye x??
    walaupun pakai jubah, sy lah the higher scorer n dpt markah plg tinggi dlm sejarah hidup diri sdr..
    bile nk pegi lg ni???



    2) chicken cho rm 5 kat hutan bandar
    last makan : dh lme kot, awal sem lepas
    ni x kempunan sgt tp bersemangat nk p sbb kak ton sgt mengidam
    dh p ari isnin lepas tetapi kedai trsebut tutup pd setiap hari isnin.terima kasih kerana kami x tahu.
    kami sampai agak awal tetapi tgk kedai belum bukak.ingt nk tlg bukak kedai. naseb baik ad seorang abang a.k.a pkcik yg menegur dan membuat pemberitahuan bhw kedai itu tutup pd setiap hari isnin.oh.kecewa sgt2..
    bile nk pegi ni???



    3) pizza hut
    last makan : mase perasmian bangunan canselori
    jgn salah phm..bukan time perasmian dpt mkn free.ok.pas abes perasmian, kami yg sgt lapar p makan pizza dgn memakai uniform baju kurung yang bercorak dan berwarna sama di jj. dengan harapan kami akan bertembung dgn sultan johor disitu. sbb kami nk baris tiga-tiga. ok. tipu.
    bile nk pegi ni???


    4) steamboat yang makan puas-puas, bayar sekali je
    last makan : sebelum study week
    walaupun baru pegi, tp sgt kecewa sbb x dpt mkn sate, walaupun secucuk. oh. sgt kecewa. sy peminat setia sate tidak dapat makan beliau. mmg tidak percaye. jd kne pegi lg.kawan2 sila teman sy ye.
    bile nk pegi ni???

    oh sudah la. x mo tulis lg.mood: kecewa

    nota 1: tini tulis je. x suke jgn bace.ok
    nota 2 : ad org komplain. ko bukan ustazah,ko kan gile2 sket, kwn2 ko pn bukan budak2 alim. apsal nk tulis pasal agama??
    nota 3 : nnt tini tulis entri utk beliau itu.
    nota 4 : beliau men 'down' kan sy yg sudah sedia down
    nota 5 : teringt pesan seorg kawan a.k.a pkcik, buat je ap yg kita rasa betul, asalkan x menyalahi           syariat.peduli dgn kata-kata org.oh.terima kasih.

    p/s: hanya diriNya yg mengenal siapa saya sebenarnya.sekian~

    solat & haid = perkara yang selalu dipandang ringan


    Bismillahirrahmanirrahim..

    Diharapkan entri kali ini dapat membantu sahabat2 wanita yang belum tahu ttgnya..

    Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan 
    ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... 
    Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti  dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

    Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
    "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
    pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
    "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

    Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

    Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

    Dalam BAB TIGA :
    " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 
    PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
    1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 
    2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 
    HURAIAN MASALAH : 
    1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
    - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 
    2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 
    - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. 
    - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
    3. Dalam perkara solat subuh pun sama : 
    -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 
    -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
    -Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 
    -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

    Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 
    Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! 

    Akhwat Sejati

    AKHWAT SEJATI.......


    Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada wajahnya yang manis dan menawan, tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang-orang disekitarnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamirkan kepada sesiapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalamberghadul bashar(menundukkan pandangan) dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.

    Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan dan ghibah dan namimah. pantang baginya membuka aib saudaranya. dia yang sentiasa memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak tanduknya.

    Akhwat sejati bukanlah dilihat drpd liuk gemalainya ketika dia berjalan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, dimana dirinya berada. Tak ada pembendaharaan kata "cemburu buta" dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada seorang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar diwajahnya. Sifat tawadu' adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.

    Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang di tempat kerja (wajihah dakwah). tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan dimanapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti Jannati (rumahku syurgaku) selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Totalis dalam menyokong dakwah suami dan berderma bakti mengurus generasi penerus yang berjiwa Rabbani.

    Akhwat sejati bukanlah dilhat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasullullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang shubhat terlebih hal-hal yang yang diharamkanNya. Akhwat sejati bukanlah banyaknya air mata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang yang melesat tajam untuk selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala sendirian.

    Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dia hafal, tetapi daripada keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan as-Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.

    Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandangnya serta luasnya wawasan atau lincahnya dia bergerak, tetai tingginya ghairah untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. Menjadi akhawat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu....

    Menjadi Akhwat sejati,

    Seperti yang dicontohkan oleh Khadijah, Aishah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah, Fatimah Az Zahra dan para sahabiah radiyallahu'anha ajmain....

    Dipetik dari : Engkau Memang Cantik

    Nota di kaki blog :
    1) Adakah anda tahu akhwat itu apa?
    2) Saya belum lagi jadi cam gini..bnyak nya yg bukan dilihat drpd je
    3) Saya letak sebab sy suka ayat dia. Memang mkn dlm (bak kate rumet sy)
    4) Penat kena type sbb x ley copy paste dari buku
    5) Dah habis dah. jgn tekan bawah lagi

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...