12 mac 2011

Salam ukhwah~

Ce teka ape yang special harini??
cube2..
Fikir-fikirkan lah..
la..x tau ke??

Arini tarikh lahir mak saya..
kenal x??
x kenal??
tipu ar..
pemes kowt..
heheheheh..
Mak saya memang paling femes di hati saya...


Walaupun mak x mungkin bace blog ni..
tp this is special dedicated to her~

Mak..
Selamat hari lahir yang ke 45
Semoga mak sihat-sihat selalu
Akak sayang sangat dekat mak
Terima kasih kerana tak pernah jemu melayan kerenah anak mak yang sorang ni...T_T
Paling suka ayat mak yang ini :

"Akak anggaplah mak macam  kawan akak.."

mak memang x suke amek gambar..malu katanya~

mak bersama pokok itu..

Akak sgt kagum dengan mak..Suma perkara yang mak lakukan dalam hidup mak..Mampukah akak berjaya menjadi sekuat itu??Bak kata abang..Kesabaran mak membuahkan hasil anak-anak yang berjaya..anak-anak yang degil ketika kecil..Tapi mak selalu kata abang sorang jek x degil masa kecik2..sbb abg sakit..tp dgn kesabaran mak abg dah sehat..x sakit mcm dulu...ingt mak pernah ckp..org kata..mak x pandai jaga anak..baru anak sorang..dah sakit..mcm2 lagi org kata pasal mak..dulu..dari akak kecik..sampai besar..smpai sekarang..tp mak..sabar je..x pernah ckp pe2..mak kata mak blajar sabar drpd nenek..mak pn x sekuat nenek..akak nnt mcm mane??..mampukah akak sesabar itu??

kadang-kadang bila dgn mak..akak selalu rasa yang akak ni kecik lg..sbb..mak layan akak same mcm dulu..apa yang dulu mak bagi..x pernah kurang dengan yang sekarang mak bagi..mak x pernah penat melayan akak..terima kasih mak..jasa mak memang x mampu akak nk balas..

kalau ikutkan..bnyk lagi yang akak nk tulis..tp takut x muat pulak nk tulis semua..^^,
lagi sekali..mari kita jerit kuat2..

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan Pn. Noraini...
Allah selamatkan kamu...


p/s : dulu time skolah org slalu ckp saya dan mak muka fotostat..betul ke??

tini..kenapa???

salam ukhwah~
Dah lama x update blog kan....kesibukan melanda sejak akhir-akhir ini...
tp soklan yg bertubi-tubi pagi tadi menyebabkan timbul idea untuk update..
layan~


sahabat 1 : tini puasa ke??Nape muka tini pucat??
sahabat 2 : smlm mak tini datang ea??kami nmpak mak tini kat simpang kluar KTDI...
sahabat 3 : nape kaki tini??
sahabat 4 : hartiny...cmne kite nk lawan badminton sabtu ni??

Beberapa hari sebelum hari ini...
Kumpulan 1 telah berentap melawan kumpulan 2 bermain futsal. Keputusan pengadil adalah muktamat. Kumpulan 1 telah menjuarai perlawanan persahabatan tersebut, dengan menjaringkan kemenangan 5-1.

Beberapa anugerah telah disampaikan kepada peserta-peserta terbaik. Antaranya:
Anugerah pemain paling banyak kena bola : Amalina
Anugerah penentang bola paling kencang : Kak Long
Anugerah penjaga gol terbaik : Rozzy
Anugerah pemain paling bnyk 'out' kan bola : Dayah
dan pelbagai lagi anugerah sampingan yang lain..

Disebalik kemenangan itu. kaki ini telah tercedera. Kerana kami bermain dengan penuh semangat sehingga kan..bukan bola yang disepak..tetapi kaki yang tersepak...

Kaki oh kaki..kenapa kamu cepat cedera..kamu sudah tidak kuat lagi..sejak kamu telah tercedera ketika masa junior dahulu..tidak boleh jalan selama berminggu-minggu..sejak itu..kamu selalu cedera..bila jatuh sikit..kamu sudah tidak boleh menahan kesakitan itu...reseptor sakit pada kamu sangat sensitif...menyebabkan ia menghantarkan impuls pada otak dan merangsang air kelenjar air mata untuk mengalir...Dan kamu kaki..akan betukar warna menjadi kebiru-biruan...dan berusaha untuk membesar..melebihi saiz yang asalnya...oh kaki..mampukah kamu bertahan lagi..maaf kan saya sebab tidak menjaga kamu dengan baik...dan akan pasti..peristiwa sebegini akan berulang kembali...sebab kamu sudah tidak kuat lagi...

pesanan doktor merangkap penasihat dan pendengar setia :
- tidak boleh main bola lagi..bola adalah permainan lelaki..(mak..dulu kecik2 akak men bola je..sebab abg ngn adik ajak men bola...nak wat cmne..sebab diorg dah teman akak men masak2..kena la teman diorang men bola pulak..^^...)
- lepas dah abes palapes...jgn jadi askar lagi...(ayah mesti kecewa kan)
- jangan buat aktiviti yang lasak-lasak
- no more panjat gunung..(camne ni..gunung everest tak nek lagi..hikhik...macam la kuat kan..gunung kinabalu pn x lepas lg)

berbalik kepada soklan2 tadi..ini jawapannya..
soklan 1 : tini x puase..pucat ke??tidur tini diganggu oleh denyutan kaki dimalam hari..tidak nyenyak..sebab tu nmpak pucat..kot..tini pn x tau la..huhu..
soklan 2 : aah mak tini dtg..kerisauan melanda beliau..dia dtg melawat anak yang nakal ini...
soklan 3 : kaki tini injured...
soklan 4 : lupe pulak ad lawan badminton sabtu ni..insyaAllah..semoga tini cepat sembuh..boleh la kite lawan ye sakinah!mungkin ad harapan dpt no 3..hikhik..perasan~

renungan...
Surah An nisa..ayat 147...

"Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman?Dan Allah adalah 


Maha Mensyukuri, lagi Maha Mengetahui."


Manusia yang selalu lupa..dengan pemberian nikmat dan kesenangan yang diberikan olehNya..Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah..bila-bila sahaja Dia akan menarik nikmat yang telah diberikan..kerana sememangnya ia adalah hak milik mutlakNya..Mungkin ini adalah peringatan buat aku yang selalu terleka..Alhamdulillah...

nota hujung kaki..
hujung minggu ni ad dinner kos...tema wedding..agak2 ad tak org buat tema wedding pakai pakaian pegi hospital??sebab nak balut kaki ni..ok x??

penat~

ya Allah..
aku sungguh lemah..
penat dengan segalanya..
aku rasa seperti tidak mampu mengharunginya lagi..
berikanlah aku kekuatan..
menghadapi segalanya..
berikanlah aku ketenangan..
hati..akal..dan perasaan..
perindahkanlah suasana sekelilingku..
agar aku sentiasa tenang menghadapinya...

Kak Limah ada kat UTM


Salam ukhwah~


Entri khas buat kakak depan bilik..yang x cantik..tp sedikit sopan..




Bak kate sameon kelas 3D modelling..KAK LIMAHTON!!(adaptasi daripada ce cite Hantu Kak/Makcik Limah Pulang ke Rumah)


------------------------------
Bermula al kisah..
Dalam satu majlis ilmu..

kak limah : tini..ni lagu dalam blog hang ea?(sambil khusyuk menonton video dihapan mata)

tini : (buat x tau sebab x dgr)

yanyan : tini kak tun  limah tnye ni lagu dlm blog tini ea??

tini : eh. bukan lah..

yanyan : sedaplah lagu ni..lagu sape ek tini?? (tiba2 rasa cam yanyan pulak watak utama.sebab kak limah hanya melihat dari jauh sahaja.kejauhan tempat duduk kami membuatkan kami terbatas untuk berbicara antara satu sama lain. tapi beliau begitu khusyuk mendegar perbualan kami)

tini : ntah la yayan..tini pn x tau..try la search..hafal lirik die..t search la..

yanyan : xpe2..t yayan tanye pengerusi kelab Iqra'.

tini : ceh. x cam segan lak nk tnye.(sedangkan mengetahui itu hanyalah kelasmate yanyan)

kak limah : (dalam diam menyimpan hasrat yang mendalam untuk mendownload)

Beberapa hari kemudian...

Lagu tersebut berkumandang..Berulang-ulang kali..di bilik depan..dan dibilik saya sehingga ke hari ini...Terbuktilah bahawa Kak Limah telah bersusah-payah untuk mendunloadnye...Sehingga telah hafal lirik itu...

BUKTINYA!....

ok kak limah..sekarang lagu ni ad kat blog tini...baru betul..pasni boleh la ckp..

"ni lagu kat blog hang ea tini???"


p/s:
  •  identiti sebenar kak limah dirahsiakan demi menjaga kemaslahatan rakyat jelata..Betol!!!PERCAYALAH!!
  • teringat kata-kata puan itu..bley panggil puan/makcik...hahahaha...lawak gile..gelak sampai pecah perut...
  • korang mesti x paham kan..jgn gelak..sebab x lawak..

Lirik Lagu Satu Cinta - Star Five


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Salam maulidurrasul~






Maher Zain dah jadi Melayu

Salam..
walaupun lagu dah lame..
nak share jugak..
bahasa melayu..mungkin lebih terserap ke dalam hati
layan~


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

gentlenya kamu!



Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Ini bukan saya yang tulis...Copy dari sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...