hati~~~

ya Allah
hilangkanlah kegusaran hatiku ini...
yg beralih jauh dari jalanmu....
yg mungkin juga bakal lari dari redhamu...
kembalikan aku seperti dulu....
yg bersih drpd segalanya...

ya Allah..
sentiasa tetapkanlah hatiku dan imanku....
agar hilang kesusaran hatiku ini..
agar hilang kesedihan ini...
agar hilang ingtnku ini...
terhadap perkara2 yg boleh mendatangkan amarahmu yaAllah...

ya Allah..
jauhkanlan aku drpd fitnah2 duniawi..
yg tidak mampu aku menghadapinya...
aku hamba yg sgt lemah yaAllah..
hanya kepadamu aku bergantung dan berharap....

hilangkanlah KESEDIHAN hatiku ini.....

cinta aku dan Kamu


Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapanILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?



Katakanlah wahai temanku...
Kerana
ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi
ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........


sumber:i luv islam

kesudahannya...

alhamdulillah...
bersyukur aku padaMu....

mimpi2 ngeri tidak berulang kembali..segalanya berjalan lancar..kembali seperti seperti sedia kala..hidup mesti diteruskan...mata yg dianugerahkan perlu digunakan se maxima yg mgkin..telinga perlu dibesarkan...agar peka dgn keadaan sekeliling....

tut.....

pilihan yang membuntukan

tajuk yg sgt2 hiperbola..hikhik..em..


bermulalah kisah...

aku baru mendapat berita yang sgt2 mengecewakan aku..kenape die wat lg??x serik2 lg ke..ya Allah..aku sgt syg die ya Allah..tp kenape die jd camni..perempuan itu sedang menghitung hari utk melahirkan..bile tibe masenye..lahirlah lg 1 nyawa yg suci yg tidak bersalah..

mmg..aku bukan org yg layak untuk menegur..memberi nasihat..ataupn memberi sebarang pndgn..kerana aku..hanya insan biasa..jauh jarak umurnya drpd mereka..suaraku hanya sekecil suara anak sang kucing yang memerlukan susu dari ibunya..tp..dimana mereka yg sepatutnya lebih berhak utk bersuara???hilang dan hanyut bersama keseronokan dunia..takut untuk bersuara..takut di bom semula???

ah!!!!

mungkin hari itu akan tiba..sang perwiraku muncul menghunuskan pedangnya.....

tp..sesuatu bakal kami terima..kehilangan kasih sayang seorang ibu...kehilangan kasih ayah..keprihatinan seorang abg..kakak yg dicintai..semuanya bakal tiada...

ya Allah..berikanlah kekuatan kepada kami...apabila hari itu tiba ya Allah...agar kami redha dgn ketentuanMu ya Allah..ampunilah dosa2 kami ya Allah..semoga pengorbanan kami ini memberi sinar kehidupan yg baru buat mereka ya Allah...agar hidayah dan petunjukMU terpancar di wajah mereka...

amin.....

permata yang dicari

Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

aku dan mereka

aku bersyukur yaAllah

kerana....

aku tidak seperti mereka
yang hidup dikalangan org yg sedemikian rupa

kerana....

aku tidak seperti mereka
yang selalu merasakan kehausan kasih sayang dari pada mak dan ayah

kerana....

aku tidak seperti mereka
yang kehilangan benda yang paling berharga dalam diri mereka

kerana....

aku tidak seperti mereka
yang dimaki hamun setiap hari

kerana....

sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sentiasa menghantui hidup mereka saban hari


oleh itu ya Allah
aku amat bersyukur padamu

berikanlah kekuatan kepada aku dan mereka
dalam mengharungi perjalanan ini yang penuh onak dan duri

tetapkanlah hatiku dan hati mereka ya Allah
agar tetap didalam perjalan yang menjadi redhaMU
agar aku dan mereka menjadi hambaMU yang soleh



amin.....


puteriku sayang~~~

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...