InsyaAllah minggu depan akan bermula semester baru. Semester yang moga-moga terakhir bergelar sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda. Adakah aku akan sambung ke peringkat yang lebih tinggi??Biarlah masa yang menentukannya.
Semester baru. Harap-harap semuanya baru.
AZAM baru.
USAHA baru.
KOMPUTER baru.
LESEN baru.
dan yang paling penting.....
HATI yang baru.
Bye!
Salam ukhwah,,
sapu - sapu habuk sikit...
..............
.......
...
..
.
ok dah bersih..
Sudah study week ye kawan - kawan..
Bittaufiq wannajah fi kulli imtihan..All the best!!
kemas2 barang
bersihkan rumah
tunggu lori
mari berpindah!
dulu dah berjaya
sedikit
bertahan cuma seketika
kini kembali
walaupun masih tak sperti dulu
tapi
ianya baru permulaan
dan tak mustahil akan terus
terus menerus berkekalan
sudah tiada yang bertanya
sudah tiada yang peduli
sudah tiada yang ambil kesah
salah aku?
ya salah aku!
kerana aku sudah tiada lagi tempat untuk berkongsi
lalu aku mencari
mencari orang yang ingin berkongsi
adik saya dah mengeluarkan hasrat untuk meminang anak orang..erk!
JAWATAN KOSONG!!
jawatan : PA
gaji : sebulan 30 hari
lain-lain elaun : pahala
sebarang pertanyaan boleh hubungi saya~
p/s : semakin sibuk mengalahkan yb..sila berusaha dengan gigih..gud luck kepada semua anak-anak buah~
[2 : 216]
- Buat adik-adik. Jangan main mercun. Nanti putus jari.
- Buat anak-anak dara. Rajin-rajin tolong mak kat dapur. Kesian kat mak-mak kita penat.
- Buat remaja-remaja zaman moden. Amalan meminta maaf face to face semakin kurang diamalkan. Memang la adat. bak kata orang tak kan nak minta maaf time raya je kot. Tapi kalau bukan time raya ada ke korang pergi jumpa makcik-makcik dan pakcik-pakcik untuk minta maaf kat mereka sorang-sorang??
- baju raya tak siap lagi.raya tahun ni x de baju baru. terima kasih makcik tukang jahit. ajar saya berjimat cermat. nanti raya haji x yah beli baju baru.
- kalau deactivate muka buku boleh tak?tapi ada kerja perlu diupdate?cmne ek?
- kenapa sekarang dah pandai nak benci2 kat orang..tak bagus2..sila jadi bagus..
- aziiz kata orang yang cantik boleh ketawa ketika hati sedang menangis.agak2 aku cantik tak??hahaha..
- along. saya ok. kamu jangan risau2.semoga kamu berbahagia ^^..
Jam tepat menunjukkan 0015. Kawan sebelah katil nyenyak sudah tidur. Aku masih berguling-guling sendirian. Kenapa tak boleh tidur. Berangan sekejap. harap-harap boleh tidur. Tidak juga. Kira kambing melompat pagar. Tak lut juga. Berzikir. Cuba pejamkan mata. Tenangkan hati aku yang sentiasa tidak tenang tenang sejak Bulan Ramadhan muncul. Sekilas melihat jam pada handfon disisi. 0105 a.m. Sambil menenangkan hati, terlintas sesuatu. Terlintas sesuatu yang berlegar-legar difikiran. Sesuatu yang selalu menganggu waktu siang dan malam aku sejak akhir-akhir ini.
Teringat kata-kata Dr. Fadilah Kamsah. Selalu maafkan orang sebelum tidur. Cuba membayangkan orang-orang disekeliling aku pada hari-hari yang berlalu. Cuba memaafkan kesalahan mereka. Dan sesuatu telah membuatkan aku terfikir. Adakah mereka juga maafkan aku? Maafkan aku atas khilaf yang telah aku lakukan?
Entah mengapa. Hati ini terasa kosong dan keras. Tidak mampu mengalirkan setitikpun air mata. Tidak mampu untuk menyesali perbuatan yang telah dilakukan. Apa yang tersirat di dalam hati tidak sama apa yang dizahirkan. Perasaan aku meronta-ronta untuk menangis. Namun hati ini terlalu keras untuk tersentuh. MENGAPA??? Adakah hati ini sudah terlalu hitam dan sudah hilang sinarnya dan menjadi buta?? Dimana hatiku yang dulu?? Hati yang sentiasa merintih disepertiga malam. Hati yang sentiasa merindukan cintamu. Hati yang sentiasa senang menegur sahabat-sahabat. Hati yang sentiasa senang untuk terima segala tarbiyah dan segala nasihat. Hati yang mudah tersentuh bila berhadapan denganmu. Adakah aku sudah terlalu jauh darimu??
Usaha diteruskan. Cuba untuk membuat hati ini menangis. Membaca kembali hasil catatan-catatan aku yang dulu. Ya. Benar. Aku pada hari ini bukan aku yang dulu. Hatiku pada hari ini bukan hatiku yang dulu. Terlalu banyak khilaf yang aku lakukan. Terlalu banyak hati yang telah aku lukakan. Terlalu banyak kerja yang telah aku berikan kepada pencatat setia di sebelah kiri. Aku sedar akan itu. Tapi kenapa??? Kenapa hati ini masih tidak lagi mampu untuk menangis??kenapa??? Tidak punya peluang lagikah aku?? Masih ada harapan lagikah aku untuk mempunyai hati yang sepeti dulu?? Masih sayang lagikah Dia padaku?? Secara jujurnya, aku mahu aku yang dulu. Aku mahu hatiku yang dulu. Aku mahu pergaulanku yang dulu. Aku mahu persekitaran yang dulu. Aku terasa tidak lagi mampu lagi berhadapan dengan persekitaran yang kini. Pernah aku menyimpan impian agar aku tidak dilahirkan pada zaman yang ini. Tapi impian yang diluar kemampuan manusia yang lemah dan terbatas kemampuannya seperti aku. Aku tidak cukup kuat. Aku tidak mempunyai tiang dalaman yang kukuh dan berdiri teguh. Aku goyah. Aku keliru dengan kemahuan dan perasaan aku sendiri. Aku terpedaya dengan si dia yang bertanduk dua yang menjadi sahabat karibku kini. Aku lemas dalam pujuk rayunya. Aku tertipu dengan hasutannya. Aku hilang orang yang menjadi sahabat setiaku.
Buat si dia yang menjadi mangsa diriku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana turut membawa kau ke jalan kehancuran. Maafkan aku kerana kita tidak saling mengingatkan. Maafkan aku. Bukan niatku. Aku sangat sayang padamu. Aku harap engkau juga begitu. Maafkan aku. Maafkan aku.
Buat sahabatku yang menjadi mangsa kealpaanku.
Maafkan aku. Bukan niatku untuk menggantikan nilai persahabatan kita dengan benda lain. Bukan niatku untuk melukakan engkau dengan kata-kata yang kasar yang aku ucapkan. Bukan niatku untuk membuat engkau jauh dari hidupku. Maafkan aku. Aku amat sayangkan persahabatan kita. Tiada gantinya. Aku rindukan nasihat darimu. Aku rindukan masa-masa kita bersama. Maafkan aku. Aku tak mampu untuk menjadi sahabat yang baik untuk engkau. Jika aku masih tidak diterima lagi, maafkan segala khilaf yang telah aku lakukan pada engkau. Halalkan segalanya yang telah engkau berikan padaku. Maafkan aku.
Buat mereka yang menjadi mangsa kealpaanku.
Maafkan aku. Aku menggunakan hak kalian demi kepentingan diriku sendiri. Aku tidak menjalankan amanah yang telah kalian berikan dengan sebaiknya. Aku tak layak menjadi ketua yang bertanggunggjawab. Maafkan aku.
Buat mereka yang aku merupakan penyebab mereka dilempar fitnah dunia.
Maafkan aku. wanita memang merupakan fitnah terbesar dunia. Maafkan aku kerana tidak menjaga batasan pergaulan aku dengan kalian. Maafkan aku.
Buat mereka yang sibuk memperkatakan tentang diriku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana menjadi punca penambah dosa-dosa kecil kalian. Maafkan aku kerana menjadi topik hangat untuk diperbualkan oleh kalian. Maafkan aku kerana menjadi bahan untuk diperli, dibenci dan dipandang sepi oleh kalian. Maafkan aku.
Buat mereka yang sentiasa berada disamping aku dikala aku susah dan senang, yang sentiasa menyokong aku, yang sentiasa menjadi tulang belakang aku, yang sentiasa menegur aku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana mengecewakan kalian. Maafkan aku kerana aku tidak istiqamah dijalan ini. Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi hamba yang patuh pada perintahnya. Maafkan aku.
Buat mereka disekeliling aku.
Aku harap kau adalah orang yang sentiasa menegur aku. Aku harap kau orang yang sentiasa mengajak aku ke jalan itu. Aku harap kau adalah orang-orang itu. Bukan orang yang lagi satu.
Jangan tanya aku kenapa jika aku berubah menjadi seorang yang pendiam dan hanya tersenyum.
Jangan tanya aku kenapa jika aku bukan lagi seorang yang suka gelak kuat-kuat dikhalayak ramai.
Jangan tanya aku kenapa jika aku banyak mengahabiskan masa dengan diri aku sendiri.
Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah tidak mahu teman kau pergi tengok wayang.
Jangan tanya aku kenapa jika aku dah tak boleh nak teman kau pergi nyanyi sama-sama.
Jangan tanya aku kenapa jika aku dah tak suka dah nak pergi jalan-jalan makan angin.
Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah tak layan kau macam dulu.
Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah berubah. Bukan aku yang dulu.
Tolong jangan tanya. Tolong. Sebab aku tak kuat. Aku tak mampu nak jawab semua soalan kau. Aku tak ada jawapan yang boleh nak puaskan hati semua orang.
hilang..
hilang macamtu je..
x nak patah balik??
kecewa..
sangat-sangat..
nampak cool..
tapi tak..
asyik teringat..
tengok gambar..
sedih..
kecewa..
mood: berusaha untuk gerak kerja konvo..chaiyok KETUA UNIT!!
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujimu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
- saya bukan pengarang novel
- rindu adik yang sorang itu
- sukar meluahkan dengan kata-kata..teeeeeeetttttttt...
- check balik~
salam ukhwah~
abang long kata..bertahan..masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan..
pakcik kata..perlukan orang ketiga untuk mencari sebab mengapa laut bergelora..dia hanya mampu menjadi awan yang melihat dari atas..
emak kata..bila nak dapatkan sesuatu yang lebih baik..mesti ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang..
cahaya kata..selalu salah faham antara satu sama lain..
kawan cahaya kata...tlg jgn jadi budak-budak..
kisah 1~
pesan dari dia..
siapa yang harus dipersalahkan bila laut bergelora??
laut itu sendiri??
angin yang meniup..??
ataupun nelayan yang hadir sebagai orang ketiga??
masa bakal menetukan segalanya..
kisah 2~
nasihat dari dia..
bersabarlah...insyaAllah kesabaran itu bakal dibalas dengan sesuatu yang setanding dengan tahap kesabaran itu..
kisah 3~
pesanan dari dia..
kuat dan bertahan~~~
celoteh rakyat:
transformers dan harry potter menanti anda!
cepat belanja~~~~
salam ukhwah~..
katakakakkukakikukaku:
1) abang long..mase yang lame bukan digunakan untuk renovate rumah..tapi renovate isi hati dalam rumah..hasilnya...rumah x cantik pun..tunggu la mood dtg...
2) kawan upin..ipin..maaf atas segalanya..tapi.aku x mampu nak berbicara..biarlah masa yang menentukannya..
3) pakcik..tggu la entri2 yang lain ye..
4) pendekar laut tioman..jgn jadi stalker..haha..
- menghitung hari untuk tauliah
- selamat bekerja kawan2..
- dont force me..i hate it!
Salam ukhwah~
Masih sedang berusaha menyiapkan UNDERGRADUATE PROJECT I.. Tapi melihat rakan sekelas yang lain bersenang lenang kerana mereka tak perlu nak membanting tulang dan besengkang mata untuk menyiapkan kerana sedikit ataupun tak perlu nak tukar apa-apa pun first/second draft mereka. Cemburu dengan mereka tapi berbangga dengan diri sendiri kerana dapat supervisor yang sangat rajin dan sentiasa memberi tunjuk ajar. Mana yang lebih baik?? Supervisor yang tak kesah dengan projek kita ataupun supervisor yang sentiasa membetulkan kesalahan kita?? Be OPTIMIS Hartiny!
Dalam kesibukan membaca journal merangkap buku-buku sempena study week yang bakal menjelang, perlu MARATHON menghabiskan tiga buku ini juga!
3 buku yang berbeza..tapi kesemuanya menarik minat aku untuk membaca.
1) Tentang CINTA - ni buku seorang sahabat..terima kasih bagi pinjam..tapi..pulang lambat lagi ye..^^..
- kepada kawan saya yg suka ckp saya gedik.. terima kasih..awak lebih memahami..bile nk cite??masih menunggu..
- sori cakap kamu botak..hehe..baka daripada ayah no.2 (cite lame)..ayah no 1??
- sudah penat dgn awak..terpulang la pada awak..saya tidak akan berharap apa2 lagi..muktamad!
- terima kasih kepada kawan2 yang sanggup melayan kerenah saya..maaf menghampakan dan menyusahkan kalian..








Recent Comments