Aku Bukan Budak Baik Sangat

Jam tepat menunjukkan 0015. Kawan sebelah katil nyenyak sudah tidur. Aku masih berguling-guling sendirian. Kenapa tak boleh tidur. Berangan sekejap. harap-harap boleh tidur. Tidak juga. Kira kambing melompat pagar. Tak lut juga. Berzikir. Cuba pejamkan mata. Tenangkan hati aku yang sentiasa tidak tenang tenang sejak Bulan Ramadhan muncul. Sekilas melihat jam pada handfon disisi. 0105 a.m. Sambil menenangkan hati, terlintas sesuatu. Terlintas sesuatu yang berlegar-legar difikiran. Sesuatu yang selalu menganggu waktu siang dan malam aku sejak akhir-akhir ini. 

Teringat kata-kata Dr. Fadilah Kamsah. Selalu maafkan orang sebelum tidur. Cuba membayangkan orang-orang disekeliling aku pada hari-hari yang berlalu. Cuba memaafkan kesalahan mereka. Dan sesuatu telah membuatkan aku terfikir. Adakah mereka juga maafkan aku? Maafkan aku atas khilaf yang telah aku lakukan?

Entah mengapa. Hati ini terasa kosong dan keras. Tidak mampu mengalirkan setitikpun air mata. Tidak mampu untuk menyesali perbuatan yang telah dilakukan. Apa yang tersirat di dalam hati tidak sama apa yang dizahirkan. Perasaan aku meronta-ronta untuk menangis. Namun hati ini terlalu keras untuk tersentuh. MENGAPA??? Adakah hati ini sudah terlalu hitam dan sudah hilang sinarnya dan menjadi buta?? Dimana hatiku yang dulu?? Hati yang sentiasa merintih disepertiga malam. Hati yang sentiasa merindukan cintamu. Hati yang sentiasa senang menegur sahabat-sahabat. Hati yang sentiasa senang untuk terima segala tarbiyah dan segala nasihat. Hati yang mudah tersentuh bila berhadapan denganmu. Adakah aku sudah terlalu jauh darimu??

Usaha diteruskan. Cuba untuk membuat hati ini menangis. Membaca kembali hasil catatan-catatan aku yang dulu. Ya. Benar. Aku pada hari ini bukan aku yang dulu. Hatiku pada hari ini bukan hatiku yang dulu. Terlalu banyak khilaf yang aku lakukan. Terlalu banyak hati yang telah aku lukakan. Terlalu banyak kerja yang telah aku berikan kepada pencatat setia di sebelah kiri. Aku sedar akan itu. Tapi kenapa??? Kenapa hati ini masih tidak lagi mampu untuk menangis??kenapa??? Tidak punya peluang lagikah aku?? Masih ada harapan lagikah aku untuk mempunyai hati yang sepeti dulu?? Masih sayang lagikah Dia padaku??  Secara jujurnya, aku mahu aku yang dulu. Aku mahu hatiku yang dulu. Aku mahu pergaulanku yang dulu. Aku mahu persekitaran yang dulu. Aku terasa tidak lagi mampu lagi berhadapan dengan persekitaran yang kini. Pernah aku menyimpan impian agar aku tidak dilahirkan pada zaman yang ini. Tapi impian yang diluar kemampuan manusia yang lemah dan terbatas kemampuannya seperti aku. Aku tidak cukup kuat. Aku tidak mempunyai tiang dalaman yang kukuh dan berdiri teguh. Aku goyah. Aku keliru dengan kemahuan dan perasaan aku sendiri. Aku terpedaya dengan si dia yang bertanduk dua yang menjadi sahabat karibku kini. Aku lemas dalam pujuk rayunya. Aku tertipu dengan hasutannya. Aku hilang orang yang menjadi sahabat setiaku. 

Buat si dia yang menjadi mangsa diriku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana turut membawa kau ke jalan kehancuran. Maafkan aku kerana kita tidak saling mengingatkan. Maafkan aku. Bukan niatku. Aku sangat sayang padamu. Aku harap engkau juga begitu. Maafkan aku. Maafkan aku.


Buat sahabatku yang menjadi mangsa kealpaanku.
Maafkan aku. Bukan niatku untuk menggantikan nilai persahabatan kita dengan benda lain. Bukan niatku untuk melukakan engkau dengan kata-kata yang kasar yang aku ucapkan. Bukan niatku untuk membuat engkau jauh dari hidupku. Maafkan aku. Aku amat sayangkan persahabatan kita. Tiada gantinya. Aku rindukan nasihat darimu. Aku rindukan masa-masa kita bersama. Maafkan aku. Aku tak mampu untuk menjadi sahabat yang baik untuk engkau. Jika aku masih tidak diterima lagi, maafkan segala khilaf yang telah aku lakukan pada engkau. Halalkan segalanya yang telah engkau berikan padaku. Maafkan aku.


Buat mereka yang menjadi mangsa kealpaanku.
Maafkan aku. Aku menggunakan hak kalian demi kepentingan diriku sendiri. Aku tidak menjalankan amanah yang telah kalian berikan dengan sebaiknya. Aku tak layak menjadi ketua yang bertanggunggjawab. Maafkan aku.

Buat mereka yang aku merupakan penyebab mereka dilempar fitnah dunia.
Maafkan aku. wanita memang merupakan fitnah terbesar dunia. Maafkan aku kerana tidak menjaga batasan pergaulan aku dengan kalian. Maafkan aku.

Buat mereka yang sibuk memperkatakan tentang diriku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana menjadi punca penambah dosa-dosa kecil kalian. Maafkan aku kerana menjadi topik hangat untuk diperbualkan oleh kalian. Maafkan aku kerana menjadi bahan untuk diperli, dibenci dan dipandang sepi oleh kalian. Maafkan aku. 

Buat mereka yang sentiasa berada disamping aku dikala aku susah dan senang, yang sentiasa menyokong aku, yang sentiasa menjadi tulang belakang aku, yang sentiasa menegur aku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana mengecewakan kalian. Maafkan aku kerana aku tidak istiqamah dijalan ini. Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi hamba yang patuh pada perintahnya. Maafkan aku. 

Buat mereka disekeliling aku.
Aku harap kau adalah orang yang sentiasa menegur aku. Aku harap kau orang yang sentiasa mengajak aku ke jalan itu. Aku harap kau adalah orang-orang itu. Bukan orang yang lagi satu.



Jangan tanya aku kenapa jika aku berubah menjadi seorang yang pendiam dan hanya tersenyum.

Jangan tanya aku kenapa jika aku bukan lagi seorang yang suka gelak kuat-kuat dikhalayak ramai.

Jangan tanya aku kenapa jika aku banyak mengahabiskan masa dengan diri aku sendiri.

Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah tidak mahu teman kau pergi tengok wayang.

Jangan tanya aku kenapa jika aku dah tak boleh nak teman kau pergi nyanyi sama-sama.

Jangan tanya aku kenapa jika aku dah tak suka dah nak pergi jalan-jalan makan angin.

Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah tak layan kau macam dulu.

Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah berubah. Bukan aku yang dulu.

Tolong jangan tanya. Tolong. Sebab aku tak kuat. Aku tak mampu nak jawab semua soalan kau. Aku tak ada jawapan yang boleh nak puaskan hati semua orang.

0 Response to "Aku Bukan Budak Baik Sangat"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...