ANDAI AWAK TAHU..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda...
 
 
 
ini bukan saya yang tulis. tapi  ini yang saya fikirkan. sumber dari sini.

Selamat Beraya

Alhamdulillah. Harini dah masuk Ramadan yang ke 26. Menghitung hari- hari yang berlalu. Perasaan? Sedih kerana tak tahu lagi bakal jumpa ia lagi pada tahun depan ataupun tidak. Ataupun gembira sebab nak raya dah? Terpulang kepada niat masing-masing.

Dikesempatan yang ada ini saya ingin mencupatkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Bukan hanya di bibir. Tapi ikhlas dari sudut hati yang paling dalam. Maafkan segala kesalahan saya yang sengaja ataupun tidak sengaja saya lakukan. 

Hidup perlu diteruskan. Tak kira betapa hancurnya impian dan harapan kita. Selagi sistem pernafasan masih mampu berfungsi dengan baik we must CARRY ON! Doakan yang terbaik untuk kami. Walaupun ianya seperti tiada harapan lagi.

Pesanan dari makcik-makcik;
  • Buat adik-adik. Jangan main mercun. Nanti putus jari.
  • Buat anak-anak dara. Rajin-rajin tolong mak kat dapur. Kesian kat mak-mak kita penat.
  • Buat remaja-remaja zaman moden. Amalan meminta maaf face to face semakin kurang diamalkan. Memang la adat. bak kata orang tak kan nak minta maaf time raya je kot. Tapi kalau bukan time raya ada ke korang pergi jumpa makcik-makcik dan pakcik-pakcik untuk minta maaf kat mereka sorang-sorang??

aku ok je~

salam ukhwah..

anda pening?
makan la panadol acti fast.
agar pening itu hilang. dan anda boleh tidur dengan lenanya.


jangan fikir sangat masalah yang mendatang. tapi fikirkan jalan penyelesaiannya.kalau tak dapat jugak.guling2 dan tidur. tak pun makan banyak2 bagi hilang stress. ok.


kepada mereka2 yang ada sebarang masalah. boleh jumpa dengan pakar sakit jiwa, sakit hati, dan sakit segalanya. insyaAllah Dia ada segala ubatnya.

ok dah bosan dan ngantuk. nak tido.selamat malam semua.

nota-nota-nota:
  • baju raya tak siap lagi.raya tahun ni x de baju baru. terima kasih makcik tukang jahit. ajar saya berjimat cermat. nanti raya haji x yah beli baju baru.
  • kalau deactivate muka buku boleh tak?tapi ada kerja perlu diupdate?cmne ek?
  • kenapa sekarang dah pandai nak benci2 kat orang..tak bagus2..sila jadi bagus..
  • aziiz kata orang yang cantik boleh ketawa ketika hati sedang menangis.agak2 aku cantik tak??hahaha..
  • along. saya ok. kamu jangan risau2.semoga kamu berbahagia ^^..

Aku Bukan Budak Baik Sangat

Jam tepat menunjukkan 0015. Kawan sebelah katil nyenyak sudah tidur. Aku masih berguling-guling sendirian. Kenapa tak boleh tidur. Berangan sekejap. harap-harap boleh tidur. Tidak juga. Kira kambing melompat pagar. Tak lut juga. Berzikir. Cuba pejamkan mata. Tenangkan hati aku yang sentiasa tidak tenang tenang sejak Bulan Ramadhan muncul. Sekilas melihat jam pada handfon disisi. 0105 a.m. Sambil menenangkan hati, terlintas sesuatu. Terlintas sesuatu yang berlegar-legar difikiran. Sesuatu yang selalu menganggu waktu siang dan malam aku sejak akhir-akhir ini. 

Teringat kata-kata Dr. Fadilah Kamsah. Selalu maafkan orang sebelum tidur. Cuba membayangkan orang-orang disekeliling aku pada hari-hari yang berlalu. Cuba memaafkan kesalahan mereka. Dan sesuatu telah membuatkan aku terfikir. Adakah mereka juga maafkan aku? Maafkan aku atas khilaf yang telah aku lakukan?

Entah mengapa. Hati ini terasa kosong dan keras. Tidak mampu mengalirkan setitikpun air mata. Tidak mampu untuk menyesali perbuatan yang telah dilakukan. Apa yang tersirat di dalam hati tidak sama apa yang dizahirkan. Perasaan aku meronta-ronta untuk menangis. Namun hati ini terlalu keras untuk tersentuh. MENGAPA??? Adakah hati ini sudah terlalu hitam dan sudah hilang sinarnya dan menjadi buta?? Dimana hatiku yang dulu?? Hati yang sentiasa merintih disepertiga malam. Hati yang sentiasa merindukan cintamu. Hati yang sentiasa senang menegur sahabat-sahabat. Hati yang sentiasa senang untuk terima segala tarbiyah dan segala nasihat. Hati yang mudah tersentuh bila berhadapan denganmu. Adakah aku sudah terlalu jauh darimu??

Usaha diteruskan. Cuba untuk membuat hati ini menangis. Membaca kembali hasil catatan-catatan aku yang dulu. Ya. Benar. Aku pada hari ini bukan aku yang dulu. Hatiku pada hari ini bukan hatiku yang dulu. Terlalu banyak khilaf yang aku lakukan. Terlalu banyak hati yang telah aku lukakan. Terlalu banyak kerja yang telah aku berikan kepada pencatat setia di sebelah kiri. Aku sedar akan itu. Tapi kenapa??? Kenapa hati ini masih tidak lagi mampu untuk menangis??kenapa??? Tidak punya peluang lagikah aku?? Masih ada harapan lagikah aku untuk mempunyai hati yang sepeti dulu?? Masih sayang lagikah Dia padaku??  Secara jujurnya, aku mahu aku yang dulu. Aku mahu hatiku yang dulu. Aku mahu pergaulanku yang dulu. Aku mahu persekitaran yang dulu. Aku terasa tidak lagi mampu lagi berhadapan dengan persekitaran yang kini. Pernah aku menyimpan impian agar aku tidak dilahirkan pada zaman yang ini. Tapi impian yang diluar kemampuan manusia yang lemah dan terbatas kemampuannya seperti aku. Aku tidak cukup kuat. Aku tidak mempunyai tiang dalaman yang kukuh dan berdiri teguh. Aku goyah. Aku keliru dengan kemahuan dan perasaan aku sendiri. Aku terpedaya dengan si dia yang bertanduk dua yang menjadi sahabat karibku kini. Aku lemas dalam pujuk rayunya. Aku tertipu dengan hasutannya. Aku hilang orang yang menjadi sahabat setiaku. 

Buat si dia yang menjadi mangsa diriku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana turut membawa kau ke jalan kehancuran. Maafkan aku kerana kita tidak saling mengingatkan. Maafkan aku. Bukan niatku. Aku sangat sayang padamu. Aku harap engkau juga begitu. Maafkan aku. Maafkan aku.


Buat sahabatku yang menjadi mangsa kealpaanku.
Maafkan aku. Bukan niatku untuk menggantikan nilai persahabatan kita dengan benda lain. Bukan niatku untuk melukakan engkau dengan kata-kata yang kasar yang aku ucapkan. Bukan niatku untuk membuat engkau jauh dari hidupku. Maafkan aku. Aku amat sayangkan persahabatan kita. Tiada gantinya. Aku rindukan nasihat darimu. Aku rindukan masa-masa kita bersama. Maafkan aku. Aku tak mampu untuk menjadi sahabat yang baik untuk engkau. Jika aku masih tidak diterima lagi, maafkan segala khilaf yang telah aku lakukan pada engkau. Halalkan segalanya yang telah engkau berikan padaku. Maafkan aku.


Buat mereka yang menjadi mangsa kealpaanku.
Maafkan aku. Aku menggunakan hak kalian demi kepentingan diriku sendiri. Aku tidak menjalankan amanah yang telah kalian berikan dengan sebaiknya. Aku tak layak menjadi ketua yang bertanggunggjawab. Maafkan aku.

Buat mereka yang aku merupakan penyebab mereka dilempar fitnah dunia.
Maafkan aku. wanita memang merupakan fitnah terbesar dunia. Maafkan aku kerana tidak menjaga batasan pergaulan aku dengan kalian. Maafkan aku.

Buat mereka yang sibuk memperkatakan tentang diriku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana menjadi punca penambah dosa-dosa kecil kalian. Maafkan aku kerana menjadi topik hangat untuk diperbualkan oleh kalian. Maafkan aku kerana menjadi bahan untuk diperli, dibenci dan dipandang sepi oleh kalian. Maafkan aku. 

Buat mereka yang sentiasa berada disamping aku dikala aku susah dan senang, yang sentiasa menyokong aku, yang sentiasa menjadi tulang belakang aku, yang sentiasa menegur aku.
Maafkan aku. Maafkan aku kerana mengecewakan kalian. Maafkan aku kerana aku tidak istiqamah dijalan ini. Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi hamba yang patuh pada perintahnya. Maafkan aku. 

Buat mereka disekeliling aku.
Aku harap kau adalah orang yang sentiasa menegur aku. Aku harap kau orang yang sentiasa mengajak aku ke jalan itu. Aku harap kau adalah orang-orang itu. Bukan orang yang lagi satu.



Jangan tanya aku kenapa jika aku berubah menjadi seorang yang pendiam dan hanya tersenyum.

Jangan tanya aku kenapa jika aku bukan lagi seorang yang suka gelak kuat-kuat dikhalayak ramai.

Jangan tanya aku kenapa jika aku banyak mengahabiskan masa dengan diri aku sendiri.

Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah tidak mahu teman kau pergi tengok wayang.

Jangan tanya aku kenapa jika aku dah tak boleh nak teman kau pergi nyanyi sama-sama.

Jangan tanya aku kenapa jika aku dah tak suka dah nak pergi jalan-jalan makan angin.

Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah tak layan kau macam dulu.

Jangan tanya aku kenapa jika aku sudah berubah. Bukan aku yang dulu.

Tolong jangan tanya. Tolong. Sebab aku tak kuat. Aku tak mampu nak jawab semua soalan kau. Aku tak ada jawapan yang boleh nak puaskan hati semua orang.

sekarang..

its hurting me...


nothing can hurt me like this except THIS!

macam mane nak cakap lagi..kene tukar kolej jugak!


hilang~

hilang..
hilang macamtu je..
x nak patah balik??
kecewa..
sangat-sangat..
nampak cool..
tapi tak..
asyik teringat..
tengok gambar..
sedih..
kecewa..


mood: berusaha untuk gerak kerja konvo..chaiyok KETUA UNIT!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...