benci tapi rindu

salam..
entri bersifat sedikit matang.erk.matang ke?

Kadang kala susah untuk memujuk hati sendiri kan. Memang. Kerana sangat selalu kemahuan hati dan percaturan akal itu bercanggah. Belum dicampur lagi dengan hawa nafsu dan peraturan Allah yang selalu bersaing.

Bagi diri yang penuh dengan kelemahan dan selalu terleka ini. Kadang-kadang selalu terlupa dengan matlamat sebenar. Soalan yang sering bermain difikiran :


BETUL KE APA YANG AKU BUAT NI??

Dan untuk memujuk hati. Ketika akal fikiran tidak digunakan sepenuhnya :

- tak pe..bukan salah pun
- mak dan ayah tak marah, buat apa nak kesah kan orang lain
- aku ada prinsip aku sendiri

Tapi hakikatnya??Tepuklah dada..tanyalah iman..

buat diri sendiri : masa yang ada ini. Duduk dengan tenang. dan BERFIKIRLAH. ini bukan sekali..sepatutnya kamu lebih berfikir panjang..

buat orang lain : jangan tanya apa-apa

0 Response to "benci tapi rindu"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...