penat~

ya Allah..
aku sungguh lemah..
penat dengan segalanya..
aku rasa seperti tidak mampu mengharunginya lagi..
berikanlah aku kekuatan..
menghadapi segalanya..
berikanlah aku ketenangan..
hati..akal..dan perasaan..
perindahkanlah suasana sekelilingku..
agar aku sentiasa tenang menghadapinya...

Kak Limah ada kat UTM


Salam ukhwah~


Entri khas buat kakak depan bilik..yang x cantik..tp sedikit sopan..




Bak kate sameon kelas 3D modelling..KAK LIMAHTON!!(adaptasi daripada ce cite Hantu Kak/Makcik Limah Pulang ke Rumah)


------------------------------
Bermula al kisah..
Dalam satu majlis ilmu..

kak limah : tini..ni lagu dalam blog hang ea?(sambil khusyuk menonton video dihapan mata)

tini : (buat x tau sebab x dgr)

yanyan : tini kak tun  limah tnye ni lagu dlm blog tini ea??

tini : eh. bukan lah..

yanyan : sedaplah lagu ni..lagu sape ek tini?? (tiba2 rasa cam yanyan pulak watak utama.sebab kak limah hanya melihat dari jauh sahaja.kejauhan tempat duduk kami membuatkan kami terbatas untuk berbicara antara satu sama lain. tapi beliau begitu khusyuk mendegar perbualan kami)

tini : ntah la yayan..tini pn x tau..try la search..hafal lirik die..t search la..

yanyan : xpe2..t yayan tanye pengerusi kelab Iqra'.

tini : ceh. x cam segan lak nk tnye.(sedangkan mengetahui itu hanyalah kelasmate yanyan)

kak limah : (dalam diam menyimpan hasrat yang mendalam untuk mendownload)

Beberapa hari kemudian...

Lagu tersebut berkumandang..Berulang-ulang kali..di bilik depan..dan dibilik saya sehingga ke hari ini...Terbuktilah bahawa Kak Limah telah bersusah-payah untuk mendunloadnye...Sehingga telah hafal lirik itu...

BUKTINYA!....

ok kak limah..sekarang lagu ni ad kat blog tini...baru betul..pasni boleh la ckp..

"ni lagu kat blog hang ea tini???"


p/s:
  •  identiti sebenar kak limah dirahsiakan demi menjaga kemaslahatan rakyat jelata..Betol!!!PERCAYALAH!!
  • teringat kata-kata puan itu..bley panggil puan/makcik...hahahaha...lawak gile..gelak sampai pecah perut...
  • korang mesti x paham kan..jgn gelak..sebab x lawak..

Lirik Lagu Satu Cinta - Star Five


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Salam maulidurrasul~






Maher Zain dah jadi Melayu

Salam..
walaupun lagu dah lame..
nak share jugak..
bahasa melayu..mungkin lebih terserap ke dalam hati
layan~


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

gentlenya kamu!



Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Ini bukan saya yang tulis...Copy dari sini

Jaulah ke Melaka Bandaraya Bersejarah~

Salam ukhwah~

Terbaca entri cik dayah yang ini. wah terharu tini. sayang kamu juge..Betul2..dulu kami sgt2 rapat..walaupun setahun..tp rase mcm dah bertahun-tahun kenal..semua bende kami buat same2..yang baik..yang jahat..hehe..

Tini pn nk cite jugak la..tp versi len sket..ye..ayuh! mari berjalan-jalan ke Melaka..(lau dapat kahwin ngn org melaka cam seronok jugak ni..hehehe)

Latar Masa : 5 Februari 2011
Latar Tempat : Dataran Merdeka, Mahkota Parade dan kawasan sekitarnya..


Tertarik dengan gambar ini. dan terfikir. Manusia takut untuk membuat kesalahan jika ada cctv yang merakamkan. Jika ada org lain terlihat akan kesalahannya. Tapi, Allah sentiasa Maha melihat. tak pernah tidur. x pernah blackout. tak pernah server down pun. Tapi kenapa masih melakukan kesalahan.
Peringatan untuk diri sendiri dan kepada mereka yang terbuka untuk menerimanya.
Sumber gambar : Hanode Shop kat Dataran Pahlawan.huhu..


Ok. Mari kita cuci mata. shopping tingkap~


Kakak kedai 1 : Murah je kak cermin mata ni..macam2 warna ada. tak nak beli pn xpe. bley try. xde masalah




Kakak kedai 2 : Cari ape dik.dah nk jadi pengantin ke? kat sini ad jual mcm2 baju pengantin. budget adik berapa?harga boleh runding. lau nak buat baju dinner pun boleh.






ha..sape x tau ni apa...ni la selendang fesyen terkini..berbola-bola gitu tepi die..hehehe..tini x pernah try pakai..huhu..x reti kot..selendang yang biase2 tu pnh la...skrg macam-macam la fesyen selendang dan tudung indon..dan kadang-kadang terasa macam ketinggalan zaman pulak..hoho..x dela..cuma rase terkilan je kadang-kadang..sebab bile pergi kedai tudung..susah nk cari tudung yang biase2 tu..ala..tudung segi empat tu la...terasa seperti ada diskriminasi disitu utk pemakai-pemakai dan penggemar tudung segi empat..x de dah tudung fesyen terkini bagi mereka yang bertudung segi empat..huhuhu..sadis~tapi x kesah la nk pakai ape pn..pakai plastik pn bley..asalkan menutup aurat..kan2..



gelang, cincin dan yang seangkatan dengannya pun cantik2 jugak..




comel kan kasut2 ni..




dayah tengah survey wallet..akhirnya beli jugak~




 cuci mata sambil bergossip..xoxo~



tapi..selalunya..bila bershopping..bende yang paling menarik minat..dan kompom..semua org tgk ialah...


dan bila nk beli barang..tapi x de tanda harga..maknanya..
free la tu..ok..



inilah kami yang comel~



mase p jj melaka..ad booth ni..


ehem2..pru semakin dekat..sudahkan anda melaksanakan tanggungjawab anda dengan mendaftar sebagai pengundi??

p/s : incik amzatul..saya tiada idea lagi untuk wat entri itu..yang kamu ckp aritu..mungkin kamu boleh mulakan dulu~p joget2..sambil study tuk test!

Rindu kuat-kuat!

salam ukhwah~


Cuti pertengahan semester sudah bermula. Sekali pakej dengan cuti raye cine. Selamat bercuti kepada sume kawan-kawan. Harap masa-masa yang terluang dapat dimanfaat kan perkara yang berfaedah. Semoga selamat kembali semula ke UTM dengan sempurna.

Saya hanya mampu menghabiskan sisa-sisa cuti di utm. huhu. Sedikit kecewa. Sepanjang cuti ni x dapat jumpa mak, ayah, yana ngn adik ijam.. Mak, ayah dan si budak gedik yana sudah berlepas ke penang melihat cucu tok mak dan tok ayah. Ijam yang degil itu x mau ikut sbb die x suka perjalanan yang jauh. nanti muntah-muntah. macam ibu mengandung 2 bulan. Jadi dia menjadi tumpangan dan ceraian di rumah cikyang. Rindu la kat mak,ayah,ngn yana nnt.. Mak ngah nak ikut jugak pegi penang!! Sudah rindu pada  Aisyah Humairah, umi dan walidnya juga..

aisyah..rindu mak ngah  x??

Sudah hampir sebulan kehilangan adik yang sorang ni..Ajid..x pernah berpisah dengan kamu..kamu juga x pernah berjauhan dari mak ngan ayah..sape nk tman akak g dating lg pasni??huhu..sori akak x sempat nk jmpe kamu sebelum kamu pergi aritu..Semoga kamu tabah ye disana..Dulu kecik-kecik mmg degil..x dgr cakap..alhamdulillah sekarang dah matang..pandai berfikir..mak kate bersyukur dapat anak macam kamu..Berusaha ye! ada masih 5 buln lagi baki untuk kamu berjuang..semoga kamu berjaya!Harap akak dapat jmpe kamu mase kamu passing out nanti..balong yg agak berisi jadi kurus kering pas 6 bulan..kamu jadi ape ye nanti??dah la mmg kurus..mungkin tinggal tulang dan kulit je kot..

maaf.. saya mmg poyo banyak..

Sepatutnya hari ini ada reunion sekolah..Classmate mse form 3..sudah bertahun2 x jumpa..lbey kurang 7 tahun kot!!Tp x dpt pegi..cuaca yang tidak mengizinkan..dan kekangan masa yang tidak membenarkan. Walaupun sudah merancang utk pergi..tetapi..masih bnyak halangan..Sangat2 rindu pada mereka..lagi-lagi kamu..cik fatin..maaf ye kecewakan kamu..Harap-harap masih diberi peluang utk jumpe mereka lagi..

ni mase form2 kot..x ramai laki..kelas arab..mmg la..
jgn carik tini yg mane!

Hujung minggu hadapan sepatutnya ada reunion bersama rumet2 di matrik..Harap-harap jadi..dayah..ju..zi..rindu sangat2 pada kalian..masa dimatrik dihabiskan sepenuhnya bersama kalian...Syakireen..join skali boleh x? rindu juga sama sahabat yang sorang ni...Syaz..kamu jauh le..x dpt tini jmpe kamu...

ingt mase ni kalian smbut birthday tini..
tini sampai nangis sbb malu semua org kt kfc nyanyi lagu birthday tuk tini..

Rindu juga pada yang seorang itu..Kuat-kuat. Bila dapat jumpa dengan kamu??

p/s:
  • mari meriahkan musim cuti dengan menyiapkan ANNOTATED BIBLIOGRAPHY tok PSM..chaiyok!
  • harap perancangan x seberapa berjalan dengan lancar
  • tiba-tiba rasa nk tulis : PEREMPUAN SANGAT MUDAH UNTUK MENUNJUKKAN KASIH SAYANG NYA KEPADA SESEORANG DENGAN KATA-KATA, PENGHARGAAN DAN AKAN DITUNJUKKAN KEPADA SEMUA ORANG. SEPERTI DIA MAHUKAN SATU DUNIA MENGETAHUINYA..itulah perempuan... LELAKI??BAGAIMANAKAH ANDA??
  • ukhwah itu indah jika LILLAHITAALA..
  • selalu merindui dan mengasihi manusia yang hanya berjasa dalam sebahagian dalam hidup kita. bagaimana pula dengan kasih sayang dan cinta kita kepada ALLAH dan RASULLULLAH??tepuk dada..tanyala iman..sihat kah iman kita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...