doktor saye

sahabat2 sekalian..bagaimana dgn minggu yg memenatkan ini??..


bg ana sendiri kondisi kesihatan kurang stabil..kondisi iman dan amal??w'ualam

pesan dari puan emak krn kesihatan itu:
  • jumpe Dr. (tanye pd yg pakar)
  • minum susu
  • x yah g traing lau penat
  • memkn jamu-jamuan & vitamin tmbah-tambahan
  • jgn x mkn!!kne masak bubur!!
  • rajin2 balik umah utk hilangkn stress
checklist yg perlu diselesaikan:
  • supervisor PSM
  • resume
  • search tempat LI
  • LI atau pentauliahan palapes
  • quiz yg bnyk
  • test 3 subjek
  • jemputan sahabat2 ke rumah mereka
  • menolong emak(perlu pulang rumah awal!!)
  • traing sabtu & ahad
semoge urusan ana ini dipermudahkan.. insyaAllah..



p/s : tibe2 rindu zaman kecik2 dgn mak..jeles dgn yana~~


awak nk kawin dengan saya tak???

dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha Penyanyang..


rasanya belum terlewat lagi utk ku ucapkan salam lebaran buat semua..ampun dan maaf ku hulurkan atas sgl kekhilafan diri ini..diharapkan cahaya lebaran kali ini memberikan sinaran yg baru dalam kehidupan kita..insyaAllah..

ingin ku bawakan satu kisah..yg mungkin dihadapi oleh segelintir sahabat2 di luar sana..kisah ini tidaklah terlalu penting bagi sesetengah individu..tetapi amat terkait dgn seseorang...


Tahun ini, aidilfitri disambut dengan gembira seperti biasa. Sanak saudara saling berkunjungan. Pelbagai cerita dan pengalaman dikongsikan bersama. Tidak ketinggalan juga ramai yg memperkenalkan ahli2 keluarga yg baru serta bakal2 ahli keluarga yg baru. Namun, di satu sudut, terdapat seorang gadis yg hanya mampu tersenyum. Tersenyum melihat gelagat teman main ketika kecilnya bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Hatinya turut gembira melihat kebahagiaan teman kecilnya itu. Beliau selalu berdoa agar teman kecilnya itu bakal mengharungi bahtera kehidupan yang indah berlandaskan syariatNya.amin. Ibu kepada gadis itu sering memperlihatkan tindak tanduk puterinya itu. Kadang2 tersenyum, kadang2 termenung sendirian. Dia berfikir2 sendiri apakah yang bermain difikiran puterinya itu. Namun, ibu itu tersenyum lebar bila mengingatkan peristiwa berapa bulan yg lalu, yg belum disampaikan pada puterinya itu....

imbas kembali...di sebuah majlis kesyukuran yg lain.....
..............................................

seorang pakcik: wah mak long, dah ad anak dara yg dh besar rupanya. masih sekolah ke? tingkatan berapa?

ibu: bukan tingkatan. sudah besar. belajar dekat u. dh nk abes dah.

seorang pakcik: oh. baguslah. muka sama mcm k.long dulu. bila nk kahwin?

ibu: ish. lama lagi. belajar pn x abes lg. lg setahun lebih.

seorang pakcik : em..x lama setahun tu. boleh bertunang dulu. saya suka tgk anak kak long tu. budi bahasa, hormat org tua. susah nk cari zaman sekarang ni. dah ad calon ke??

ibu:(tersenyum) belum lagi. kenapa ada yg sesuai ke?setau akak kamu ni anak pn xde kan.

seorang pakcik: mmg la kak.saya dah lame menduda.tp bukan utk saya.saya dah tue.(ketawa besar pakcik itu).utk anak buah sy. sebentar lagi dia sampai. dh setahun dia putus tunang.sedang mencari pengganti.

ibu: dh keje ke?anak sape?

seorang pakcik: dah.ad kereta, rumah sendiri dah. tp umurnya sudah awal 30 an. tp budaknya bagus kak. sayang kat mak ayah die. anak kakak sy la. yg duk dkt ***** tu..akak kenal kan..la..anak akk tgh wat keje dgn kakak saya tu.mesra nampaknya mereka berbual..ala kak.. sedare2 kite jugak. org kata boleh la merapatkan silaturrahim sedare2 yg jauh ni. lgpn sy kenal latar belakang keluarga akak ni.senang la.x de ap yg perlu dirisaukan.

ibu: wah baguslah..anak akk mmg peramah dgn org tua..nnt akak tnye anak akak ye. tp mungkin lambat sikit la akak bg jawapan. lgpn mestilah lak kenal2 dulu.

seorang pakcik: boleh2 kak. tiada masalah.

beberapa ketika, muncul seorang pemuda. tinggi orangnya. terus menuju ke arah ibunya yg sedang duduk. bersalaman seketika dan keluar semula utk membantu persiapan diluar . sempat mengalihkan pandangan kepada gadis yg khusyu' membantu ibunya memotong sayur. ibu pemuda itu sempat memperkenalkan anaknya kepada gadis itu. hanya senyuman dapat membalas huluran tangan pemuda itu.

dalam diam, pemuda itu bersetuju dgn pilihan pkciknya..dan minta perkara ini dipanjangkan oleh ibu gadis itu...
.........................................

dimalam hari...

anak gadis dan ibunya berada berdua di dapur. kemudian muncul abg sulung gadis itu yg telah berumah tangga.gadis itu amat menyayangi dan menghormati abgnya itu. dia selalu berazam dan berdoa agar mendapat seorang lelaki yg boleh menjaganya seperti abgnya menjaganya..seorang lelaki yg jauh lebih baik drpd abgnya.

Ibu memulakan bicara.menanyakan ttg pemuda yg anaknya sempat kenal ketika majlis kesyukuran dirumah saudara beberapa bulan yg lalu.abg yg seperti memahami maksud ibu turut bertanyakan perkara yg sama walaupn dia tidak mengenali pemuda itu. namun jauh disudut hatinya mengatakan apa yg dikatakan terbaik oleh ibu, begitu jugalah yg terbaik utk adik kesayangannya itu.ibu sering memuji2 kebaikan lelaki itu dan keluarganya.seperti itulah lelaki pilihan hatinya utk anak gadisnya.

si gadis terdiam..adakah ini khitbah??ataupn sekadar pertanyaan kosong..gadis mengimbas kembali pertemuan singkat dgn pemuda itu.mmg baik..tp..dia tidak mengenalinya..bagaimanakah agamanya?? namun hatinya seperti menolak2 utk mengingati pemuda itu. mengapa ya???

dalam keadaan tunduk dan hormat, gadis itu berkata:
"maaf ibu, abang, saya dah ad pilihan"
gadis terus meluru ke biliknya dan menyibukkan diri dgn perkara2 yg lain..

sepanjang cuti perayaan, ibu sering mengatakan perkara yg sama.ibu x kisah siapa pn pilihan hati anaknya.asalkan boleh menerima anaknya seadanya.namun ibu itu selalu memuji anak saudaranya itu.seperti mengharapkan bakal suami anaknya itu persis ataupn mmg pemuda itu. dan ibu amat berharap yg pertungn anaknya ini akn dlngsungkan thn hadapan.setiap kali ad masa yg terluang ibu pasti akan mengungkapkan.di sokong oleh abg dan kakak iparnya.

pada hakikatnya...
gadis itu akan berasa tidak tenang dgn ungkapan ibunya.kata- kata ibu adalah doa yg akn dimakbulkan oleh Allah..sebenarnya mmg dia sudah mempunyai pilihan. pilihan pertama, terus menymbung pengajiannya, tnpa memikirkan sebarang nama lelaki dlm kamus hidupnya. pilihan kedua, seorg lelaki soleh yg mempunyai ciri2 idamanya.namun gadis itu rungsing. siapakah lelaki itu??adakah lelaki itu bersedia menerimanya??betulkah dia akn menemui lelaki itu sblm thn hadapan???benarkah lelaki soleh itu akan mengkhitbahnya??adkah perlu bertanya kepada lelaki soleh itu..."AWAK NK KAHWIN DENGAN SAYA TAK??"

gadis itu sedar bnyk yg perlu diperbaiki lg dlm dirinya.dia menginginkan sebuah keluarga yg sakinah.bukan keluarga segera yg boleh dibeli di tepi2 jalan. hanya sekadar utk menurutkan kehendak hati ibunya.mmg dia seorang anak yg solehah. patuh dgn ibu bapanya.tp fahamkah ibunya apakah yang terbuku di hatinya ini???

dalam islam, perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik.Teringtkan hadis Rasullullah,"jangan kahwinkan anak perempuan kamu dengan lelaki hodoh" . hodoh itu tidak terhad kpd rupa, namun yg lebih penting adalah agama dan akhlaknya.

gadis ini hanya mampu berdoa kpd Allah agar dia segera ditemukan dgn lelaki pilihan hatinya itu dan mengorak langkah seterusnya..adakah di depan matanya??adakah sedang sibuk bekerja??ataupn rakan seperjuangannya??mungkinkah kekal dgn pilihan yg pertama???hanya Allah yg Maha mengetahui. W'hualam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...